Friday, 19 September 2014

Mampu ke aku nak gapai title solehah tu?

Tak perlu nak diheboh heboh yang kau muslimah bertudung labuh
Tak perlu nak dihebah hebah yang kau sorang muslimah berpurdah
Gambarmu tak perlu ditayang tayang menjadi tatapan yang bukan mahram
Gambarmu sebaiknya disimpan menjadi tatapan yang layak pandang





Aku yakin lagu ni dah terngiang ngiang dekat telinga banyak orang disebabkan lagu ni dah tersebar lebih lebih lagi melalui wasap wechat dan so on. Mungkin ramai yang pertikaikan perihal lagu ni sebab lagu ni didendangkan oleh seorang muslimah yang tidak diketahui identitinya yang suaranya agak merdu tapi ada yang mengatakan suaranya telah diedit. Jadi, itu bukanlah suaranya yang sebenar. Tapi apa apa pun, ada mesej yang cuba disampaikan dari lirik lagu tu. 

Dan ya! Alhamdulillah liriknya sangat berkesan untuk tarbiyyah hati aku yang rapuh ni. Lumrah setiap insan mempunyai keinginan untuk mengepost gambar untuk dishare pada tatapan umum. Namun, hanya yang mampu dan kuat bertahan sahaja dapat menahan keinginan tersebut. Alhamdulillah moga moga kita lah antara yang mampu dan kuat itu! Mabruk! :)

Siti Nurul Balqis, ye akulah tu.
Nama yang diberi oleh kedua cinta hatiku ayah dan ummi sememangnya indah bagi diriku Alhamdulillah. Ingin sekali aku menjadi seperti Khadijah, Fatimah, Sumayyah dan yang lain. Mereka merupakan srikandi srikandi Islam yang meninggalkan kesan sejarah dan teladan yang hebat MasyaAllah TabarakAllah! 

Dalam usiaku sudah genap 20 tahun pada bulan Julai yang lalu, tidak hairanlah kalau aku katakan perasaan ingin mencintai dan dicintai sudah wujud dalam diri. Tambahan pula dengan kawan kawanku sedikit demi sedikit makin ramai yang bakal dan ada yang sudah pun membina masjid, Alhamdulillah aku tumpang gembira, tapi tipulah kalau aku kata aku tak cemburu melihat mereka sudah punya pendamping dunia akhirat yang sentiasa ada di samping mereka. Begitu juga dengan wanita bujang yang lain. Tak gitu?

Tak salah nak bercinta tu, tapi kena lah pada caranya. Ingat, matlamat tak menghalalkan cara ye. Ok sekarang kita sentuh pasal IKHTILAT. Tahu ke apa Ikhtilat tu? Tak tahu? Ok meh sini nak kabo.

IKHTILAT
Pergaulan yakni Percampuran sesama manusia sama ada lelaki ataupun perempuan. Susahkah ingin menjaga ikhtilat? Sememangnya ianya sangat memerlukan mujahadah yang sangat kuat. Boleh saja kalau ingin berurusan dengan manusia yang bernama lelaki, tetapi mohon dijaga batas batas pergaulan itu. Mungkin agak susah, tetapi bermujahadahlah insyaAllah moga Allah permudahkan :)


Wanita solehah itu bukanlah terletak pada pakaiannya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada status ustazahnya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada kelembutannya
Namun..pada dia ada segalanya
Penyejuk mata hati ayah dan bonda
Berusaha untuk menjadi solehah
Mudah untuk jatuh cinta
Tidak salah
Kerana itu merupakan fitrah
Namun cara untuk mengendalikn rasa cinta itu yang susah
Ada yang mampu
Ada juga yang tersungkur
Tidak salah jikalau ada yang ‘cop’ atau ‘taqdim’ seseorg wanita itu,
Namun jagalah batas ikhtilat

Dan ingatlah
Jika hari ni kita mesej dengan ajnabi tanpa tujuan kepentingan
Jika hari ini kita berdating tanpa rasa malu dan segan,
Jika hari ini kita berpegangan tangan tanpa takut pada Tuhan
Jika hari ini kita bergayut siang malam tanpa rasa kegusaran
Bagaimana nasib generasi di hari depan?
Bagaimana nasib Islam di hari depan?
Allah Allah malunya kita. Semoga kita semua diberikan kekuatan dalam Iman untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang bakal mendatang. Moga Allah tabahkan hati dalam kita sedang berusaha menggapai title solehah yang dicari dalam setiap langkah kita. InsyaAllah yassarAllahu lakum jami'an! Baarakallahu fikum!




Salam kasih dan penuh mesra min qalbi buatmu muslimah tersayang :)