Salam Lebaran ;-) |
Bismillah..
Alhamdulillah, sedar tidak sedar bulan
Ramadhan sudah 4 minggu dilalui, sudah hampir ke penghujung. Lebih kurang 1 hari lagi kita semua bakal menyambut Syawal dengan perasaan gembira.
Suasananya sudah mula terasa dengan bandar – bandar mula dipenuhi dengan orang
ramai yang mula bershopping, mencari baju raya dan sebagainya.
Inilah saat paling bahagia bagi sesebuah
keluarga. Keluar membeli belah bersama – sama, terasa manisnya ikatan
kekeluargaan disaat menyambut syawal ini. Tidak kurang juga bagi mereka yang shopping
secara online kerana kesibukan dan kekangan masa.
Persoalannya, selalukan kita berbelanja
secara over tanpa disedari? Budjet lari? atau ditipu semasa shopping secara
online?
Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk
bershopping pakaian raya:
Tentukan Budjet
Tentukan budjet anda. Pastikan ia
bersesuaian dengan kemampuan anda, yang penting tidak keterlaluan. Contohnya,
tetapkan budjet untuk membeli pakaian raya sekitar RM150, dan hanya bawa duit
sebanyak itu sahaja ketika keluar mencari baju raya supaya kita tidak terlebih
tanpa sedar. Lebih baik jika kos dapat dikurangkan, sekurang-kurangnya duit
tersebut boleh digunakan untuk benda lain terutamanya kita yang masih belajar (
jangan dok bazir sangat duit PTPTN tu.. )
Umumnya, dua pasang baju sudah memadai
untuk berhari raya. =)
Merancang budjet sangat penting bagi mereka
yang sudah berkeluarga dan berpendapatan sederhana. Pastikan tiada barangan
yang tidak perlu dibeli. Barangan yang masih elok tidak perlulah diganti.
Fikirkan keperluan. Oleh itu, elok untuk kita menyediakan senarai keperluan.
Bagi yang ada anak – anak, pilihlah baju
yang sederhana dan sopan kepada mereka, supaya sampai masa untuk menutup aurat,
mereka senang mengamalkannya. Baju kanak – kanak tidak perlu mahal sebab mereka
tidak memandang kepada jenama pun. Marilah kita ajar mereka bersederhana sejak
dari kecil.
Ya saya tahu banyak orang yang dapat
bonus gaji sempena musim raya ini, banyak jualan murah. Tapi hukum membazir dan
anjuran untuk bersederhana tidak berkecuali pada musim perayaan. Memang sunat
memiliki baju baru, tetapi tidak perlu melampau – lampau.
Elakkan Hutang
Ini paling utama, elakkan hutang. Memang
pada waktu ini adalah time ‘tauke direct’ selling berleluasa dengan slogan
“ambik dulu bayar kemudian”.
Dengan tiba – tiba sahaja kawan kita
melambakkan barang jualannya diatas meja kita, takkan nak tengok sahaja kan?
Waktu ini, kebijaksaan kita dituntut agar membuat keputusan dengan bijak.
Fikirkan tentang perbelajaan pada selepas musim perayaan. Mampukah kita
membayar semua hutang tersebut tanpa menjejaskan perbelanjaan kita pada bulan yang
berikutnya?
Ambil boleh. Tak salah. Tetapi lebih baik
jika bayar cash.
Begitu juga dengan penggunaan kad kredit.
Berhati – hatilah semasa swap kad tersebut. Kadang – kadang kita tak sedar
hutang kita bertambah dengan cepat, sehingga mencapai limit. Berbelanja sehari,
tetapi menanggung hutang berbulan – bulan. *saya memang tak galakkan penggunaan
kad kredit
( menurut fakta daripada Bank Negara
Malaysia, sebanyak 25% daripada pengguna kad kredit di Malaysia telah
diisytiharkan bankrup @ muflis ) –
Bijak Memilih
Yang nampak cantik itu belum tentu sesuai
dengan kita. Cuba dan padankan dahulu baju itu dengan kita. Pilih harga yang
berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. Kadang – kadang
sesetengah pakaian itu hanya mahal pada ‘jenama’ sahaja. Yang penting, pastikan
ia menutup aurat in proper way ok? tak mau ketat2.. tak mau singkat2..
Berpakaianlah seperti muslimin dan muslimah sejati.
Lebih bijak jika kita melakukan survey
terlebih dahulu. Pada musim ini, banyak tempat membuat sale dan potongan harga
yang menarik. Pilih tempat yang menawarkan harga terbaik. Ia dapat menjimatkan
tenaga dan masa kita semasa membeli belah. ( larat ke nak shopping lama – lama
bulan puasa ni? )
Beberapa tempat seperti Jalan Masjid India
dan Jalan TAR di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai barangan dan harga yang
berpatutan. Yang penting bijak memilih =)
Shopping Secara Online
Cara ini memang agak digemari oleh mereka
yang sibuk dan tak ada banyak masa. Dan sudah menjadi trend terbaru masyarakat
kita membeli secara “duduk & pilih depan komputer”. Tetapi malangnya, ramai
pula terdengar kes mereka ditipu oleh penjual ini. Okey, ini ada beberapa
langkah yang boleh kita ambil:
1. Simpan bukti / resit pembayaran
2. Pastikan kedai online yang dipilih
adalah dipercayai dan diakui oleh ramai orang, iaitu mempunyai reputasi yang
baik. Pastikan mereka memaparkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon
& dll, alamat sebenar kedai mereka. Kalau boleh, sah kan sendiri dengan
menghubungi mereka melalui telefon.
3. Paling senang, check facebook mereka.
Lihat feedback atau testimoni pelanggan yang terdapat pada wall mereka.
Biasanya pelanggan akan post sesuatu seperti inform barang sudah sampai @
tidak, rasa puas hati @ tidak dan sebagainya. Dari situ kita boleh menilai
kredibiliti penjual tersebut. Jika komen yang diberi banyak yang positive,
maknanya penjual itu jujur.
4. Sebaiknya ketahui saiz pakaian yang
hendak di beli,supaya tidak tersalah saiz dan tidak rugi.
Ada lagi?
Pesanan : Ingatlah sebaik – baik pakaian adalah taqwa. Dan itulah pentarbiyahan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita dapat mengelakkan pembaziran di Bulan yang mulia ini =)
No comments:
Post a Comment