Bismillah..
Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza sebagaimana yang akan dijalaskan nanti.
Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar
dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT
untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran,
bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat.
Selain daripada itu, disunatkan juga
memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling
mustajab dan penuh rahmat.
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya
“Ada lima malam yang tidak ditolak
permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam
Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya
Aidiladha”.
Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan
hadith yang bermaksud :
“Jibril telah datang kepadaku pada malam
Nisfu Sya’ban dan berkata :
“Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku (Rasulullah) bertanya: “Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril menjawab : “Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir,tukang tilik nasib, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya”.

Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban
1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14
Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam
Isra’ Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil
Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.
3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada
bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
4. Perang Badar yang terakhir pada tahun
keempat Hijrah.
Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban
Pada malam Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca
Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang
berbeza-beza sebagaimana berikut :
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon
supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa
beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di
tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita
tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki
yang halal.
Setiap kali selesai membaca
Yaasin, hendaklah membaca doa ini :
No comments:
Post a Comment