Tegurlah saya, Nasihatilah saya. :') |
Bismillah..
Let’s have a read and kita renungkan bersama-sama. :-)
Let’s have a read and kita renungkan bersama-sama. :-)
Dua perkara yang banyak membantu kita
menjadi seorang manusia yang baik ialah:
1. Ditegur
2. Menegur
Ditegur maksudnya kita menerima nasihat
seseorang agar jadi lebih baik.
Menegur maksudnya kita nasihatkan seseorang
agar jadi lebih baik.
Hasilnya dapat PAHALA.
NAMUN, tegur menegur itu haruslah berdasarkan ikhlas, iman dan redha Allah. Kadang-kadang kita tak berapa suka ditegur dan menegur.
Kalau kita ditegur, maka ego kita akan
tercabar.
Kalau kita menegur takut ego orang lain
pula tercabar atau terasa.
Lalu kita kata siapalah kita ni nak
tegur-tegur orang. Rupa-rupanya bila dihitung berkali-kali, kalau kita abaikan
dua amalan ini KITA AKAN RUGI.
Memanglah kita akan terasa MALU bila
ditegur, tapi lapangkanlah dada, terimalah teguran itu yang boleh MEMBAWA
KEBAIKAN pada diri. Teguran mendidik jiwa hati dan akhlak. Kalau tidak, kita
akan LUPA DIRI, DIULIT RASA EGO. Namun dalam banyak-banyak teguran terselit
teguran yang AMAT BERMAKNA, iaitu teguran dari ALLAH.
Kita sering tak terperasan, ALLAH menegur
kita. Bila kita rasa PANDAI, HEBAT, MULIA maka ALLAH SAYANG kat kita, ALLAH
TEGUR kita. Cuba perhatikan ALLAH tegur kita semasa kita mendapat malu atas
sesuatu perkara, semasa kita terjatuh, semasa berjalan.
Diantaranya paling halus ialah ALLAH
menegur kita semasa kita BUAT SALAH secara TIDAK SENGAJA pada SESEORANG, lalu
kita rasa BERSALAH dan MENYESAL.
Lantas PINTALAH KEMAAFAN darinya. Betapa
teguran daripada ALLAH membawa MAKSUD bahawa kita harus SEDAR KELEMAHAN DIRI
KITA sebagai HambaNYA. Kemudian kembalilah kepada ALLAH dengan penuh RASA
SYUKUR dan MERENDAH DIRI.
Ingatlah SAHABAT… Kita MANUSIA BIASA, punya
KELEMAHAN dan KEKUATAN tersendiri.
Setiap manusia ada VALUE masing-masing, cuma mungkin setakat ini kita MASIH BELUM NAMPAK.
Setiap manusia ada VALUE masing-masing, cuma mungkin setakat ini kita MASIH BELUM NAMPAK.
Usah bersedih, sebaliknya bermujahadah
untuk mencapainya. Semua perkara adalah sukar sebelum menjadi mudah.
ANDA SEORANG YANG ISTIMEWA DAN UNIK.
Think of that. Wassalam.
Wallahualam.
Maka, beruntunglah kita kalau sedia menerima teguran :")
(Y)
ReplyDelete