Bismillah..
Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda
SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal
itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya
senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.
Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar
risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.
Banyak Tersenyum
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat
mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga
lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan
senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya
senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda
adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW,
Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
"Tidak pernah aku melihat seseorang
yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein
juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam
At-Tirmizi, beliau berkata,
"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina
Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan
Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi
rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak,
bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja
mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya
pasti akan sentiasa puas."
Senyum Kepada Sesiapa Sahaja
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan
marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.
Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah
berkata:
"Ada seorang lelaki yang meminta izin
untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari
jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam
kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan
senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika
orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah,
ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.
Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima
kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah,
bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis
itu berkata, "Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu".
Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat
kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri
dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda
bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat
dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat
daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW,
walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan
menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa
Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita
malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan
senyuman kepada orang ramai.
Bertegas Bila Perlu
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang
mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang
ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam
Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum
Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri
mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat
ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang
berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan
bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi
dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Jadi kamu ingin memohon syafaat
(pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"
Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang
menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada
orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati
orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman
kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku
akan memotong tangannya".
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman
dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah
di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki
sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang
lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak
diperkotak-katikkan.
SENYUM SELALU.. (^-^)
SENYUM SELALU.. (^-^)
senyum sokmo.. ^_^
ReplyDeletehihi betoi2! senyummmmm sokmoooo..;-)
Delete