Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar,
terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan.
Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean
list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang
silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada
yang silapnya di situ.
Matlamat yang disalahertikan
Bagi kebanyakan pelajar tahun 1 di sini,
dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target,
"Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat
aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku
belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean
list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama
mendapat Dean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda
berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah
dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau
berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan
iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah
mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan
akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang
kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga
menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks
kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha
Tersebutlah kisah seorang pelajar yang
terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya,
"Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan
niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama,
tidak berubah.
Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu
tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita
berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat
hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan
selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi
mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu
maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari ,
keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah
yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah
Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang
tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan
itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan,
kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.
No comments:
Post a Comment