Tak malu ke?
Bila solat, asyik nak cepat-cepat je. Kalau
cepat-cepat pergi solat bila masuk waktu tak apa, ni cepat-cepat nak habis. Kadang2 langsung tak bersurah lazim. Sunat je katanya, yang penting Fatihah. Huu, nak laju punya pasal. Eh tapi, bila ada masalah, nangis-nangis mintak
Allah tolong cepat-cepat, laju-laju..
Tak malu ke?
Bila habis solat, asalamualaikum kanan
asalamualaikum kiri, terus straight angkat tangan berdoa. Tak mau laa
dzikir-dzikir sekejap. Istighfar ke, subhanallah ke, alhamdulillah ke.. Ayatul
qursi apatah lagi. Amboi..part doa laju je nak. Part memuji-muji Allah nak skip. Bodek orang reti, kalau nak apa-apa. Bodek Allah, aik? Tak de pulak..
Tak malu ke?
Bila berdoa tu.. Bukan main laju. Nasib baik
la baca al fatihah dulu. Itu pun kalau baca. Lepastu, masa doa tu, tak ada lah
nak feeling-feeling, nak bersungguh-sungguh, tak ada.. Mengalir air mata
apatah lagi, lupakan je lah. Aktiviti lepas solat kejap lagi ni dah
terbayang-bayang dari tadi dah dekat mata ni ha. Doa asyik nak cepat. Nak
ringkas simple dan padat. Tapi, nak Allah bagi cepat-cepat..
Tak malu ke?
Bila dalam hati, menjerit-jerit claim dengan
Allah, bilanya Dia nak makbulkan doa. Kan dah doa hari-hari. Padahal masa
mintak doa tu, tak mau la feeling lebih sikit, tak mau la emo lebih
sikit, hadir kan rasa hamba kerdil dalam diri tu. Ni nak mintak merayu ke, nak
apa?
Tak malu ke?
Bila hak Allah tak penuhi, tapi hak
sendiri, mintak Allah penuhi. Cepat pulak tu. Bukan main demand nya.
Tak malu ke?
Bila lengah-lengah menuju kepada Allah, distraction sana, distraction sini. Tangguh sana tangguh sini. Tapi nak Allah dengar dan respon pada diri sendiri
setiap masa..
Tak malu ke?
“Dan carilah pertolongan (dari Allah)
dengan jalan SABAR dan SOLAT.”
(al baqarah 2:153)
Kalau apply apa-apa dengan
jabatan mana-mana, mesti ada prosedurnya. Ada adab dan budi bicaranya. Ciri-ciri kelayakan kena penuh, dokumen untuk permohonan kena bawak semua. Kena
datang di tempat yang betul, jumpa orang yang betul, dan macam-macam lagi lah.
Inikan pulak mintak dengan ALLAH, mestilah
ada prosedur nya, ada adab dan budi bicaranya.
kena SABAR. bukan rushing, demand lebih. Sabar tunggu perancangan Allah, sangka baik. Bukan tamak, tak boleh tunggu lama
sikit. Kena berlapang dada.
Sabar – Menahan diri. Sambil berdoa, sambil menahan diri, maknanya sambil menjaga hati, lisan dan anggota dari apa2 yang Allah tak suka. Bukannya lepas sembahyang mintak doa, tapi lepastu pergi buat benda lagha. Mana boleh. Kena SABAR.
Kena SOLAT. cukup 5 waktu dah memang wajib,
tu benda basic kot. Kena awal waktu. Eh ini pun, patutnya benda basic. Bukan time nak doa mintak benda-benda je baru nak solat di awal
waktu. Yang penting, SOLAT tu kena khusyuk. Sambil rebahkan lutut dan tangan,
sambil letakkan dahi ke lantai, sambil tundukkan hati. Sedar diri. Hamba.
Lepastu barulah boleh nak minta tolong
dengan Allah. Bermohonlah. List kan lah panjang mana pun, minta lah
yang logik ke yang tak logik ke, ikut sukalah. Kerana Allah tu Maha Perkasa. Dengan keperkasaanNYA pulak, Dia Maha Mendengar. Dan Maha Mengabulkan. Minta
lah nak minta apa pun.. Mana mungkin hamba yang SABAR dan SOLAT, Dia tak tolong? Mana mungkin, Allah yang Maha Baik tu lokek macam tu.
Jadi, SABAR lah.. Sekuat hati. Dan SOLAT
lah, sepenuh hati.
Kalau tak, eish. Tak malu ke?
Yang tulis ni pun, kalau tulis, tapi
sendiri tak mau ikut.
Tak malu ke?
Tak malu ke?
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa
kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
p/s : Pesanan buat semua, dan buat diri yang dho'if ini juga. Sama-sama kita muhasabah diri. Jom audit diri ke arah yang lebih3 baik! InsyaAllah! ^-^
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
p/s : Pesanan buat semua, dan buat diri yang dho'if ini juga. Sama-sama kita muhasabah diri. Jom audit diri ke arah yang lebih3 baik! InsyaAllah! ^-^
No comments:
Post a Comment