PERNAHKAH KITA TERFIKIR MENGAPA MULUT DICIPTA TANPA PASANGAN? SEDANGKAN TELINGA, TANGAN, MATA DAN KAKI SEMUANYA BERPASANGAN.
ANTARA DUA FAKTOR YANG MENYEBABKAN
KERACUNAN IMAN SESEORANG ADALAH BERPUNCA DARIPADA MULUT:
1. Ketajaman
mulut melebihi mata pedang. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 53:
“dan katakan kepada hamba-hamba-KU : ‘Hendaklah mereka mengucapkan perkataan
yang lebih baik (benar); sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan
di antara mereka; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
manusia’.”
Mulut yang lancang berbicara tanpa
memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan
antara mereka. Di dalam mulut ada sekeping daging yang tidak bertulang namun bisanya
umpama sengat ular. Daging itu juga berupaya memutarbelitkan
kebenaran, mencela, mengumpat dan berkata keji.
2. Kita
akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsu menjadi pemandu
dan manusia menjadi kenderaannya. Dapat kita perhatikan waktu makan, ikutkan
nafsu pasti kita akan menelani makanan yang terhidang hingga kenyang lalu
menyukarkan kita untuk beribadah pada Allah. Andai makanan kita kotor pasti hati
kita akan terbentuk daripada bahan-bahan yang kotor.Hati yang kotor pasti sukar
untuk menerima hidayah Allah SWT. Makanan yang berkualiti akan membentuk hati
yang berkualiti lalu menjamin ibadah yang berkualiti.
Sebenarnya mulut telah menjalankan pekerjaan
yang melebihi pancaindera yang lain. Asal usul pekerjaan mulut adalah ibadah dan
bersifat mulia namun ia boleh berubah membawa padah pada manusia apabila
‘pekerja’ yang ditugaskan untuk bekerja tidak menjalankan amanah yang
ditetapkan oleh Maha Pencipta.
TUJUAN PENCIPTAAN MULUT ANTARANYA ADALAH:
1. Sentiasa
berzikir kepada Allah SWT
2. Melahirkan
ucapan yang disenangi orang lain
3. Menyatakan
kesyukuran dan kebesaran Allah SWT
4. Menyuruh
amar makruf
5. Mencegah
nahi mungkar
6. Menyampaikan
risalah Allah dan Rasulullah
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “hendaklah
kamu berkata baik ataupun diam.”
ANTARA HIKMAH DIAM YANG DIMAKSUDKAN
RASULULLAH SAW:
1. Apabila
kurang bercakap kita akan lebih banyak berfikir, maka akal menjadi lebih
tajam.
2. Fikiran
yang tajam dapat menjamin tindakan yang kita lakukan berlandaskan
keimanan.
3. Kurang
dosa.Banyakbercakapbanyakdosa. Apabilabanyakdosa hilang perasaan malu, maka
manusia seenaknya melakukan maksiat.
4. Tidakmenyakitiperasaan
orang lainmeskipun TIADA NIAT menyakiti.
5. Dapat menilai
baikdanburuk sesuatu tindakan kerana tatkala banyak berkata ia akan
menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.
KESIMPULANNYA, JIKA MULUT DICIPTAKAN
BERPASANGAN, MAKA AKAN BERTAMBAHLAH ‘MAKSIAT’ SESEORANG ITU KERANA MEMELIHARA
MULUT YANG SATU INI PUN BANYAK UJIANNYA. JADI, KURANGKAN BERCAKAP, BANYAKKAN
MENDENGAR! WALLAHUA'LAM.
*dipetik dari MAJALAH GEN-Q, isu 05, Hadiah untukIbudanAyah, halaman
20 dan 30.
KERANA MULUT BADAN BINASA,
teks: NurainiShahroni
Nota kaki: YaAllah, ampunkan kami
kerana berlebih-lebihan dalam urusan kami..
No comments:
Post a Comment