Bismillahirrahmaanirrahim..
Kerana secebis kain,
ramai orang bertegang leher dan saling
memeperlekehkan
mempertahankan nilai niqab dan yang lagi
satu pihak mempertikaikan nilainya
Aku mencari rujukan
Bukan satu tetapi banyak sumber
Bagiku, niqab..
melindungi kecantikan seseorang muslimah
dari menjadi fitnah akhir zaman (tetapi jika dia benar mencontohi para
salafussoleh dan wanita zaman nabi yang tinggi akhlaknya)
membawa jiwa sesiapa makin dekat kepada
Allah SWT
melindungi diri dari menjadi tatapan lelaki
yang makin runtuh akhlaknya di akhir zaman ini..
adalah sunnah,pakaian isteri-isteri Nabi
dan cabaran bagi muslimah,namun bukanlah tanda kesempurnaan imannya..
Telinga ini menadah beribu penyataan yang
menyakitkan dari majoriti
Hati ini tertanya-tanya benarkah kata
orang;
Niqabis adalah pelampau dalam agama?
Niqabis adalah penyamaran lelaki yang
berniat jahat?
Niqabis adalah orang yang dikhuatiri
sebagai pesalah yang menyamar dan memiliki senjata di dalam pakaiannya?
Niqabis adalah penganut ajaran sesat?
Niqabis tak boleh bekerja, hanya suri
rumah?
Niqab tidak sesuai pada zaman ini?
Niqab hanya dipakai kerana mengelak habuk
di padang pasir?
Niqab untuk orang yang hodoh?
Niqabis tidak boleh menyampaikan dakwah?
Tidak akan ada suami yang suka akan
isterinya yang bergelar niqabis?
Benarkah kata orang..?
hati ini menangis..
jiwa makin lelah untuk mempertahankan nilai
secebis kain
dan memilihara kesuciannya..
wajah ini dihalang dari menyarungkan
secebis kain
hanya kerana seCEBIS kain yang mendamaikan
jiwa insan-insan tertentu…
Aku tunggu saat hingga diizinkanNya
Dan dalam penantian aku cuba bermuhasabah
Aku perbaiki segala kelemahan diri
Aku setia dalam doa kepadaNya
Aku mengharapkan petunjuk yang terbaik
buatku
Hanya kerana secebis kain yang
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu,
Niqab menjadi sesuatu yang dilarang
Wahai Muslimah yang berniqab..
hiasilah peribadimu dengan akhlak seperti
srikandi zaman kegemilangan Islam,
rujuklah para salafussoleh..
Jauhilah pengaruh barat yang membuatkan
semuanya indah belaka
sedangkan wanita mudah menjadi penghuni
neraka
jangan cemarkan imejmu yang berpurdah
dengan berdua-duaan dengan ajnabi
jangan kau dekati zina dengan cara yang
halus seperti berbalas mesej dengan ajnabi,calling and dating
yang akhirnya niqabiah lain dipandang
serong
tanyalah pada diri..
wujudkah wanita pada zaman kegemilangan
Islam yang bercouple sebelum nikah??
Kadang ada kecewa dalam hati…
Kerana sesetengah muslimah menjadi niqabiah
tanpa ilmu dan tanpa akhlak
Kerana sesetengah muslimah yang menjadi
niqabiah mencemarkan imej yang sepatutnya suci dan menjadi ikon,contoh,role
model kepada yang lain
Kerana mereka menutup wajah mereka tetapi
melampau dalam berhias,
mempamerkan gambar yang menggoda hati
lelaki
Apakah nilai secebis kain di hatimu??
Tolong refresh niatmu berniqab, "
Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku
ingin mendekatkan diri kepadaNya." Kemudian pastikan setiap tindakan
kita Allah redha
tolong tingkatkan ilmu agamamu
tolong perbaiki akhlakmu
agar kita mencerminkan bahawa Islam itu
indah,suci dan selamat
moga suatu hari nanti,
secebis kain itu dapat dipakai dengan rasa
tenang tanpa kutukan dan cacian
dan makin dekat dengan Ya Rabb..
moga suatu hari nanti,
secebis kain itu dapat mengingatkan
hati-hati yang lalai untuk kembali pada jalan yang benar
-luahan hati muhajirah azra’-
No comments:
Post a Comment