Tuesday 22 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab ^_^









"Assalamualaikum"

Tabaarakallahu fik (^^)

Hari ini 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H, sungguh cepat masa berlalu. Alhamdulillah, kita telah pun berada di dalam bulan Rejab, dan tak lama lagi, insyaAllah kita akan bertemu kembali dengan kehadiran bulan Ramadhan Kariiim. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk dapat berada di dalam bulanbulan yang penuh keberkatan ini. Allahumma amiin :)

Bulan Rejab,
merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orangorang yang bertakwa"
(QS At-Taubah; 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah ; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulanbulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al-Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi S.A.W memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulanbulan Haram.

Berpuasa di bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu Hadis Sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Saiyyiduna Anas bin Malik r.a beliau berkata ; Adalah Rasulluah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda S.A.W berdoa ; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
(HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Natijahnya, marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi bulan-bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, dan semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan maghfirahNya, insyaAllah ^_^

Tuesday 15 May 2012

Terima Kasih Cikgu !!


kenangan bersama cikgu smbm ^^





Setiap tanggal 16 Mei setiap tahun, akan diraikan sambutan hari guru di setiap sekolah di seluruh negara, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar pendidik, dan jutaan terima kasih kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir, dan seangkatan dengan nya lah, hehe. terima kasih tak terhingga kepada cikgucikgu yang telah mengajar saya sehingga ke tahap ini. semoga Allah merahmati karier perguruan kalian semua, dan memberkati segala tugas dan perkhidmatan yang telah kalian curahkan selama ini. InsyaAllah, kalau kalian ikhlas mendidik, ganjaran besar akan diberikan kepada kalian di akhirat nanti. Allahumma amiiiinn ^_^


p/s ; buat cikgucikgu di sekolah keb. Sultan Idris II, sekolah men. keb. Raja Perempuan Kelsom, sekolah agama rakyat Al-Itqaniah, sekolah men. keb. Raja Perempuan Kelsom, dan sekolah men. keb. Bukit Merchu. jasa kalian takkan dapat saya lupakan, Terima Kasih tak terhingga kepada kalian ;)



"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" :-)

Tuesday 1 May 2012

Dom E, kenang daku dalam doamu :'(

Assalamualaikum,
Buat ahliahli Dom E a.k.a Dom Cempaka yang dikasihi dan dirindui, 
Semoga segala kenangan pahit manis, yang kita lalui akan tetap mekar dalam ingatan.


Bertemu dan berpisah itulah lumrah kehidupan,
Memang setiap pertemuan, akan pasti ada perpisahan di akhirnya,
Namun perpisahan hanya berlaku di mata tetapi pertemuan itu kekal di hati :-)


Anyway, don't jump into your conclusion first,
First impression means nothing..
It has nothing to do with my personal relationship or things,
Because now I'm happy and blessed with my condition.


As I said earlier, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itulah lumrah kehidupan..
Begitu banyak yang datang dan pergi dalam kehidupan seharian kita,
Kita tidak boleh mengharapkan pertemuan yang kita jalin pada hari ini akan kekal untuk selamanya kerana di dunia ini semua benda diciptakan berpasangan, begitu juga dengan pertemuan, 
Kalau lelaki pasangannya perempuan dan aku pasanganku blog ini ^_^  begitulah juga pertemuan dengan perpisahan.


So.. janganlah kita menangisi perpisahan yang sekejap itu kerana pertemuan yang kita jalin dengan keikhlasan pasti akan tersemat di hati kita, insyaAllah :-)


Khas untuk semua ahli Dom E ; 

K.chua, K.nad, K.ema, K.tiqah, Ikin, Dila, Aufa, Ameera, Irin, Nadia, Erni, Anim, Aina, Athin, Husna, Eyka, Maryam, Pidah, Mashi..


UHIBBUKUMULLAH, semoga persahabatan kita kekal selamalamanya. insyaAllah ^^


p/s ; Ikhlas dari diriku, tabahkan hati, kuatkan semangat kerana setiap perpisahan juga adanya pertemuan :-)