Saturday 22 December 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh..



~Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Bertudung labuh banyak kelebihannya :)



1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. In shaa Allah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. In shaa Allah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.  ^_^


p/s ; Semoga sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan tuntutan Allah. Amar Makruf Nahi Munkar. Ud'ukum fii Barkatillah. Allahumma Amiin, In shaa Allah. (^_^)v



Saturday 8 December 2012

Kenapa Nabi SAW melarang kita minum berdiri dan meniup air panas?










Di bawah ini di antara penjelasan-penjelasan lanjut tentang fakta tersebut :

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil "SFRINGER". Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh Sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh Sfringer terus masuk ke pundi kencing. Hal ini boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yang panas. Logiknya kerana, terdapat karbon dioksida, (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air, maka (CO2) itu akan larut ke dalam air dan akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh, kerana suhu air pada waktu tersebut membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air, kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.



psss : Amacam? Mesti semua yang Nabi larang kat atas ni, kita pernah buat kan? Samalaa dengan tuan punya badan ni. hehe. Jomlaa sama-sama kita praktikkan sunnah nabi dalam kehidupan seharian kita. Sentiasa ada hikmah di sebalik larangan dan suruhan Nabi Muhammad SAW. Jadi, ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan beristiqamah, lebih baik daripada banyak tanpa istiqamah. Sama-sama kita muhasabah diri. In shaa Allah ila mardhotillah :-)


Sunday 25 November 2012

Berapa kali nak cakap, COUPLE tu HARAM~!!







Berapa Kali Nak Cakap, Couple tu Haram
www.iLuvislam.com
oleh : umairzulkefli


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub' (cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur.

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini, terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena berubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7, ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata:

"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
"Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim, tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu, nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em, boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang, saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi...

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidak akan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..


-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]


Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya....

psstt : Moga dapat mengambil iktibar. Katakan TIDAK kepada COUPLE~!! ^_^v

Monday 12 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah



Pada tahun ini, akhir tahun hijriah 29 Zulhijjah 1433H, jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 1434H (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, Allahumma amiin. InsyaAllah... :')



DOA AKHIR TAHUN 


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini, akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah  dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.







Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.






DOA AWAL TAHUN



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.







Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Salam Maal Hijrah 1434H buat semua umat Islam. Semoga segala ibadah kita diterima dan hidup kita sentiasa dalam keberkatan dan keampunan Allah SWT. InsyaAllah, biiznillah. :-)
Wallahualam..


*SALAM MESRA PENGIKAT KASIH SAYANG SESAMA KITA ^_^





Saturday 30 June 2012

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak :D

Ramadhan Karim 


Blessing Ramadhan



Assalamualaikum Warahmatullah,
TabaarakAllah :-)



Selamat Bertemu kembali wahai bulan yang penuh Barakah. Kedatanganmu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Perlu difahami betapa ketibaan Ramadhan merupakan sebahagian daripada nikmat kurniaan Ilahi yang perlu disyukuri kerana hanya diberikan kepada insan-insan terpilih. Terdapat dalam kalangan kerabat, jiran tetangga dan sahabat handai yang pada tahun lalu sama-sama berpuasa dan berhari raya, kini telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi sekaligus tidak lagi diberi keistimewaan oleh Allah SWT untuk menikmati anugerah Ramadhan. Allahurabbi.


Marilah kita semua bergembira dengan ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita semua berazam untuk menjadikan puasa tahun ini lebih berkualiti daripada tahun-tahun yang lalu. Ini kerana peluang yang ada semakin terhad berbanding umur dunia yang semakin deras menuju ke penghujungnya. Malah kegembiraan dan kejayaan sebenar yang bakal dikecapi adalah berpunca daripada kesempurnaan ibadah puasa yang bakal dilakukan demi mencapai makam takwa kepada Allah SWT.


Dari Abu Hurairah ra,

Nabi SAW bersabda ;
Apabila bulan Ramadhan telah datang,
maka dibukalah pintu-pintu Syurga,
ditutuplah pintu-pintu Neraka,
dan diikatlah semua Syaitan.

(Muttafaqun Alaih)


" SUDAH KEMBALI BULAN PENGAMPUNAN, TUHAN.. SAMPAIKAN AKU PADANYA. BALIGHNA YA RAMADHAN. "

Tuesday 22 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab ^_^









"Assalamualaikum"

Tabaarakallahu fik (^^)

Hari ini 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H, sungguh cepat masa berlalu. Alhamdulillah, kita telah pun berada di dalam bulan Rejab, dan tak lama lagi, insyaAllah kita akan bertemu kembali dengan kehadiran bulan Ramadhan Kariiim. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk dapat berada di dalam bulanbulan yang penuh keberkatan ini. Allahumma amiin :)

Bulan Rejab,
merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orangorang yang bertakwa"
(QS At-Taubah; 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah ; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulanbulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al-Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi S.A.W memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulanbulan Haram.

Berpuasa di bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu Hadis Sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Saiyyiduna Anas bin Malik r.a beliau berkata ; Adalah Rasulluah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda S.A.W berdoa ; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
(HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Natijahnya, marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi bulan-bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, dan semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan maghfirahNya, insyaAllah ^_^

Tuesday 15 May 2012

Terima Kasih Cikgu !!


kenangan bersama cikgu smbm ^^





Setiap tanggal 16 Mei setiap tahun, akan diraikan sambutan hari guru di setiap sekolah di seluruh negara, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar pendidik, dan jutaan terima kasih kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir, dan seangkatan dengan nya lah, hehe. terima kasih tak terhingga kepada cikgucikgu yang telah mengajar saya sehingga ke tahap ini. semoga Allah merahmati karier perguruan kalian semua, dan memberkati segala tugas dan perkhidmatan yang telah kalian curahkan selama ini. InsyaAllah, kalau kalian ikhlas mendidik, ganjaran besar akan diberikan kepada kalian di akhirat nanti. Allahumma amiiiinn ^_^


p/s ; buat cikgucikgu di sekolah keb. Sultan Idris II, sekolah men. keb. Raja Perempuan Kelsom, sekolah agama rakyat Al-Itqaniah, sekolah men. keb. Raja Perempuan Kelsom, dan sekolah men. keb. Bukit Merchu. jasa kalian takkan dapat saya lupakan, Terima Kasih tak terhingga kepada kalian ;)



"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" :-)

Tuesday 1 May 2012

Dom E, kenang daku dalam doamu :'(

Assalamualaikum,
Buat ahliahli Dom E a.k.a Dom Cempaka yang dikasihi dan dirindui, 
Semoga segala kenangan pahit manis, yang kita lalui akan tetap mekar dalam ingatan.


Bertemu dan berpisah itulah lumrah kehidupan,
Memang setiap pertemuan, akan pasti ada perpisahan di akhirnya,
Namun perpisahan hanya berlaku di mata tetapi pertemuan itu kekal di hati :-)


Anyway, don't jump into your conclusion first,
First impression means nothing..
It has nothing to do with my personal relationship or things,
Because now I'm happy and blessed with my condition.


As I said earlier, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itulah lumrah kehidupan..
Begitu banyak yang datang dan pergi dalam kehidupan seharian kita,
Kita tidak boleh mengharapkan pertemuan yang kita jalin pada hari ini akan kekal untuk selamanya kerana di dunia ini semua benda diciptakan berpasangan, begitu juga dengan pertemuan, 
Kalau lelaki pasangannya perempuan dan aku pasanganku blog ini ^_^  begitulah juga pertemuan dengan perpisahan.


So.. janganlah kita menangisi perpisahan yang sekejap itu kerana pertemuan yang kita jalin dengan keikhlasan pasti akan tersemat di hati kita, insyaAllah :-)


Khas untuk semua ahli Dom E ; 

K.chua, K.nad, K.ema, K.tiqah, Ikin, Dila, Aufa, Ameera, Irin, Nadia, Erni, Anim, Aina, Athin, Husna, Eyka, Maryam, Pidah, Mashi..


UHIBBUKUMULLAH, semoga persahabatan kita kekal selamalamanya. insyaAllah ^^


p/s ; Ikhlas dari diriku, tabahkan hati, kuatkan semangat kerana setiap perpisahan juga adanya pertemuan :-)






Friday 27 April 2012

saya memang dilahirkan untuk menjaga hati kawan :-)



K A M I S A H A B A T !



bismillah ^^



haa.. Tajuk at atas tuu, Yup ! Memang KENYATAAN !


Kawan yang " TERBAIK " adalah kawan yang sentiasa mengharapkan kita untuk MENJAGA HATI dia, sedangkan dia tak pernah nak jaga hati kita, bukan tak pernah laa. Tapi " JARANG - JARANG ". Dia kutuk kita boleh, kita rilek.. Kalau terasa pun, simpan dalam hati je..


Tapi...


Kalau kita kutuk dia.. Mulalah nak merajuk tak tentu pasal. Update status kat FACEBOOK cakap pasal kita kutuk dia. Mulalah nak kecoh sana sini. Macam nii lah kawan lah, apa lah. Pergi canang sana sini yang kita nii suka kutuk belakang lah, apa lah.. * hmmm..


Last-last kita yang mengalah, kita yang mintak maaf..  :'(


Nak buat macamana kan? Agaknya kita nii memang dilahirkan untuk menjaga hati kawan, Walaupun kawan-kawan tidak dilahirkan untuk menjaga hati kita :-)


Apa boleh buat? Nasib badan.. redho jelah (^_^)


Apa-apa punn, Tolong jangan hampakan saya kawan ! Sebab saya sayangggggs kawan saya ! muaahh ^^



p/s ; Susahnya menjaga hati kawan itu, Lagi susah dari menjaga hati keluarga. fikirfikirkan ^^




LOVE FRIEND COZ OF ALLAH ^_^





UHIBBUKI FILLAH :-)




* Kalau saya ada salah silap, maafkan saya ye kawan :-)

Wednesday 18 April 2012

SANAH HELWAH my beloved ummi n adek :-)

Assalamualaikum w.b.t , peace be upon to you all :-)














alhamdulillah, hari ni jatuh hari lahir ummi yang ke-47 n semalam hari lahir adek yang ke-15. dan di kesempatan ini, nak ucap sanah helwah pada my beloved mak, ROSLINA YAACOB (18/4) and my adek NURUL JANNATUN A'ALIYAH MOHD YUSOF (17/4).
semoga kalian dilimpahkan kesihatan yang berpanjangan, keberkatan rezeki, kegembiraan hidup dan ketenangan dunia akhirat. insyaALLAH, allahumma amiiinn ^^
semakin melonjak nya umur kalian pada kali ini, semoga segala apa yang dilakukan mendapat rahmat dan keberkatanNya.


dear ummi,

seorang ummi yang sanggup berkorban,
seorang ummi yang lemah lembut dalam didikan,
seorang ummi yang sangat penyayang,
seorang ummi inspirasi kejayaan diriku,

ummi tersayang.. ROSLINA YAACOBSELAMAT HARI LAHIR!!
moga diampunkan segala dosa,
dikurniakan rezeki yang halal dariNya,
terima kasih atas segalanya ummi.
UHIBBUKILLAH UMMI!!!!! :-D


dear jannah,

kamu pun sama jugak,
NURUL JANNATUN A'ALIYAH,
semoga menjadi seorang anak yang solehah,
semoga dapat membanggakan ummi dan ayah,
begitu juga keluargamu dan saudara maramu,
buat yang terbaik dalam exam PMR tahun ni.
wish you get the happy retur of the day,
ALL THE BEST!! gudluck :-)



sekian, muco graciass, muahhh!


Sunday 15 April 2012

dengan BERHIJAB, kau sungguh MANIS sayang!

Firstly, SYUKRAN JAZIILAN sebab sudi singgah. jasa anda amat dihargai :)


ok, terus kepada tajuk la kan, tuu yang at atas tuu. haa!! tajuk ni dipilih sebab balqis tengok dah makin ramai artis yang sudah mula mencari cahaya ILAHI dengan mengubah penampilan mereka dengan berhijab, kan lebih manis kalau berhijab.. mereka dah mula berubah sedikit demi sedikit, haa! kita bila lagi ea? bertaubatlah sebelum terlambat. dunia ni dah semakin goyah, lambatlambat bertaubat langsung tak sempat. hmm, jadi mari kita samasama berubah :) sebelum tu, jom kita tengok wajahwajah artis yang sudah mula berhijab. jomm? (",)




ANNA RAFFALI
DIANA AMIR
IRMA HASMIE :)

ABBY ABADI
YATT HARYATI




dah tengok? manis kan mereka bertudung? baru lah sedap mata memandang :) dan INGAT!! menutup aurat bukan sekadar bertudung, tetapi kita hendaklah memenuhi tuntutan syarak dengan melabuhkan tudung sehingga menutupi dada, berpakaian tidak ketat atau jarang, dan sebagainya yang sangat dituntut dalam Islam. mari baca ni kejap (^_^)




Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak lelaki mereka atau anak-anak suami mereka (anak tiri) atau adik-beradik lelaki mereka atau anak-anak lelaki adik-beradik lelaki mereka atau anak-anak lelaki adik-beradik perempuan mereka atau wanita-wanita islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan (gelang kaki) yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur: ayat 31)



marilah samasama kita mengambil iktibar daripada surah di atas yang sudah terang lagi bersuluh terdapat dalam al-Quran. insyaAllah :) bayangkan~ bila suami kita yang SAH membuka tudung kita dan melihat rambut kita itu buat kali pertama. SUBHANALLAH, pasti sweet kan kan kan? nak dibandingkan dengan mereka yang dah nampak segalagalanya. dah nothing SPECIAL. jadi, renungrenung kan lah.. ^^



Wahai Wanita ISLAM... Kau pertahankanlah HIJABMU, walaupun dunia memandang HINA. Yakinlah kerana ISLAM tetap melihatmu dengan penuh BANGGA. Akhlakmu kau PELIHARA. Maruahmu mesti RAPI dijaga. Pastikan tutur katamu yang LEMBUT. Moga IMAN dan TAQWA menjadi BENTENG dirimu... INSYAALLAH, SYURGA menanti pilihan ABADI... Allahumma amiin... ^^




~~♥ “Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” ♥ ~~~✿ Apa ertinya?“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…” ✿~




(¯`v´¯)`•.•.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸.•´`¸❤..Wanita ibarat RAMA-RAMA. Apabila jari tersentuh sayap rama-rama, maka hilanglah coraknya. Apabila lelaki BUKAN MAHRAM, dibiarkan melihat dan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, maka HILANGLAH sedikit demi sedikit KEMANISAN diri itu. JAGALAH sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik PERHIASAN dunia adalah WANITA SOLEHAH dan MALU itu sebahagian dari IMAN...(。◕‿◕。)




wahai muslimah,
jadilah seperti MUTIARA yang berada di dasar lautan rapi,
dilindungi kulit yang memelihara,
bukan senang nak lihat,
apa lagi nak mendapatkannya,
hanya insan yang bertuah dan terpilih saja dapat memilikinya.
PELIHARA lah hatimu,
PELIHARA lah dirimu,
PELIHARA lah auratmu,
kerana dirimu begitu berharga wahai muslimah ;)





♥  WAHAI WANITA,

♥  
SEMAKIN ENGKAU MENJAGA DIRIMU,

♥  
MENUTUPI RAPI AURATMU,

♥  SOPAN
GERAK GERI DAN TUTUR KATAMU,

♥  SEMAKIN
TINGGI NILAI ENGKAU PADA SEORANG LELAKI (^_^)






semoga apa yang disampaikan,
sedikit sebanyak dapat memberikan kita sedikit iktibar,
insyaAllah kita samasama berubah ke arah KEBAIKAN dan meninggalkan segala KEBURUKAN. cepatcepat lah bertaubat sebelum terlambat ;)
sesungguhnya ALLAH S.W.T itu YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG ^^
segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya :]




yang HARAM tinggalkanlah :)

yang MAKRUH jauhkanlah :)

yang SUNAT amalkanlah :)

yang HARUS berbuatlah :)

SELAMAT BERAMAL (^_^)






LEMBUT wanita kerana senyumannya,

CEKAL wanita kerana beraninya,

PATUH wanita kerana kesetiaannya,

SABAR wanita kerana imannya,

KASIH wanita kerana belaiannya,

LEMAH wanita kerana air matanya,

IKHLAS wanita kerana simpatinya,

DENDAM wanita kerana cemburunya,

SAYANG wanita kerana sikap keibuannya,

TANPA wanita lelaki menjadi lemah,

KERANA wanita jugalah lelaki menjadi kalah..



INGAT!! tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang DUNIA




allahumma amiinn.. ^^


wallahualam, ASSALAAMUALAIKUM!


ilalliqa wa ma'assalaamah :)