Wednesday 29 May 2013

'Dean List' Kerana Allah






Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.

Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.

Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?

Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?

Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.

Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?


Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah.

Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Dimana silapnya?

Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.


Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

Mengapa Mesti Bersangka Baik?






Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.

Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.

Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Tuesday 28 May 2013

Alhamdulillah, Aku Bersyukur Kepada-Mu






Alhamdulillah, kalimah syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah SWT. Kalimah yang menggetarkan jiwa-jiwa mereka yang beriman.
Dengan mengucapkan “Alhamdulillah” -, atas segala kurniaan, penganugerahan dan pemberian nikmat yang pelbagai. Ia adalah lambang kehambaan, keimanan, ketundukan dan kekerdilan sebagai seorang hamba Allah SWT.
Bangunnya kita daripada tidur pagi ini – harus dimulai dengan kebeningan hati yang bersyukur dan bersyukur.

Di pagi sangat sungguh indah dan penuh berkah.
Embun yang menitis setiap pagi begitu dingin.
Kedinginan, kesejukan dan kesegaran inilah menguatkan lagi rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Udaranya terjaga, bersih, nyaman dan menyegarkan. Menghirup udara yang masih terpelihara daripada nafas-nafas sang pendosa. Hiruplah udara di awal pagi sebelum fajar. Ia adalah waktu-waktu bersendirian bagi mukmin muslim yang sedang khusyuk bermunajat dan menadah tangan mengharapkan keampunan dan belas ehsan Sang Pencipta.
Alhamdulillah.
Allah SWT mendidik kita untuk bersyukur, satu kata yang lebih luas maknanya daripada berterima kasih. Syukur, ia lahir daripada natijah, hasilan keimanan yang tersemat kukuh disanubari.

Sebuah Sketsa Kehidupan
Di dalam sebuah buku karya, Amru Khalid iaitu Ibadah Sebening Hati terdapat suatu kisah yang menyentuh rasa hati saya.
Suatu hari, Amru Khalid telah bertemu dengan sekumpulan golongan remaja. Beliau terfikir suatu bentuk persoalan untuk sembang-sembang santai bersama mereka.
“ Saya ingin mengajukan satu permainan berbentuk soalan kepada kalian,” Soalnya.
“ Apakah nikmat yang paling besar dan kalian paling hargai di dalam kehidupan ini,” Beliau bertanyakan soalan kepada mereka.
Ada yang menjawab dengan penuh yakin. Ada yang kelihatan teragak-agak . Pelbagai jawapan dan ucapan.
Ada yang menjawab : “ Nikmat kehidupan”
Ada juga menyebut : “ Nikmat Iman dan Islam”
Tidak kurang juga, ada yang menyatakan : “Nikmat belajar dan ilmu”
“ Dan pelbagai lagi.”
Kemudian, seorang pemuda memberi jawapan yang menyentuh hati Amru Khalid :
“ Nikmat Allah SWT yang sangat berharga dan besar bagi saya ialah nikmat Allah SWT sebagai Rabb saya.” Jawabnya tenang.
Saya terpaku, dan tersentuh.
Begitu halus, sensitif, peka dan hidup hati pemuda tersebut.
Ya, alangkah beruntung dan berbahagianya kita apabila dipilih untuk menjadi Muslim. Rabb, Ilah dan tuhan kita adalah Allah SWT. Kita mempunyai tempat sembahan, pengaduan dan penyerahan segala perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap-Nya.
Ketika dilimpahi kenikmatan dan kesenangan, kita mengucapkan lafaz kesyukuran kerana menyedari hakikat pemberian-Nya yang begitu banyak.
Ketika susah, kita mempunyai tempat untuk mengadu, merintih, meluahkan perasaan, menagih simpati, meletakan harapan kasih dan berdoa memohon bantuan pertolongan.
Iman mulai bertapak dihati. Ia disemai dan dibajai dengan subur dan kian mekar dijiwa hamba Rabbani.

“ tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.”
( Al- Hujurat : 7)

Penutup : Tanyalah hati kecil kita
Jujurlah kita dengan sanubari kecil kita, adakah kita benar-benar bersyukur dan merasai sesuatu dengan semua nikmat ini?
Saidina Umar sentiasa memberikan suatu ungkapan yang menakjudkan serta mengetarkan jiwa perhambaan : “ Sesungguhnya kami dahulu adalah kaum yang hina. Lalu Allah memuliakan kami dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan selain daripada apa yang dimuliakan Allah, pasti Allah akan menghina kami.”
Ruh Islam meresapi jiwa dan perasaan kita – sehingga kita merasa izzah (bangga) dengan keislaman, kemukminan dan kemusliman kita. Kita tidak malu atau kekok untuk mengistiharkan – “ Saksikanlah bahawa Aku seorang Muslim.”
Setiap hari kita akan membawa imej, lambang dan syiar perwatakan seorang muslim dan muslimah. Muslimnya, dengan berhias dengan akhlak muslim dengan wajahnya penuh cahaya keimanan dan kesan daripada wudhuk dan soalan. Tidak lokek dengan senyuman dan sapaan. Muslimahnya , begitu tenang dan bahagia mengenakan pakaian yang meliputi seluruh aurat dengan senang, dan tiada beban. – Malah, dia bangga menjalankan perintah dan arahan Allah SWT.
Justeru, seharusnya setiap helaan nafsa kita yang terhembus akan selari dengan ungkapan ini :
“ Ilahi, hamba-Mu hadiri memohon keampunan, kerahmatan dan pemeliharaan-Mu. Kasihilah diriku, suluhilah jiwa ku dengan cahaya hidayah-Mu, kurnialah kepada pengakhiran yang baik dan masukilah aku ke dalam golongan ahli Jannah-Mu yang indah lagi mempesonakan.”

Itulah yang diperbuat hasil keimanan
Membuka mata dan hati
Menumbuhkan kepekaan.
Menyinari kejelitaan, keserasian dan kesempurnaan
Iman adalah persepsi baru terhadap alam,
Apresiasi baru terhadap keindahan.
Dan kehidupan di muka bumi.
Di atas pentas ciptaan Allah,
Sepanjang malam dan siang

Cetusan rasa sanubari – Sayyid Qutb –
Alhamdulillah, syukur sehingga hari ini kita semua berusaha untuk terus menerus menjadi seorang muslim dan muslimah yang taat sepenuhnya kepad Allah SWT.
Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan. Kita perlu mencari alasan dan kekuatan untuk terus menjadi kuat.

Kuat keimanan.
Kuat ketaqwaan.
Kuat dalam beramal dengan amal keislaman.

Ayuh kita kuat dengan sentiasa bersyukur!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

via : langitilahi

Sunday 26 May 2013

Tak Malu Ke?






Tak malu ke?
Bila solat, asyik nak cepat-cepat je. Kalau cepat-cepat pergi solat bila masuk waktu tak apa, ni cepat-cepat nak habis. Kadang2 langsung tak bersurah lazim. Sunat je katanya, yang penting Fatihah. Huu, nak laju punya pasal. Eh tapi, bila ada masalah, nangis-nangis mintak Allah tolong cepat-cepat, laju-laju..

Tak malu ke?
Bila habis solat, asalamualaikum kanan asalamualaikum kiri, terus straight angkat tangan berdoa. Tak mau laa dzikir-dzikir sekejap. Istighfar ke, subhanallah ke, alhamdulillah ke.. Ayatul qursi apatah lagi. Amboi..part doa laju je nak. Part memuji-muji Allah nak skip. Bodek orang reti, kalau nak apa-apa. Bodek Allah, aik? Tak de pulak..

Tak malu ke?
Bila berdoa tu.. Bukan main laju. Nasib baik la baca al fatihah dulu. Itu pun kalau baca. Lepastu, masa doa tu, tak ada lah nak feeling-feeling, nak bersungguh-sungguh, tak ada.. Mengalir air mata apatah lagi, lupakan je lah. Aktiviti lepas solat kejap lagi ni dah terbayang-bayang dari tadi dah dekat mata ni ha. Doa asyik nak cepat. Nak ringkas simple dan padat. Tapi, nak Allah bagi cepat-cepat..

Tak malu ke?
Bila dalam hati, menjerit-jerit claim dengan Allah, bilanya Dia nak makbulkan doa. Kan dah doa hari-hari. Padahal masa mintak doa tu, tak mau la feeling lebih sikit, tak mau la emo lebih sikit, hadir kan rasa hamba kerdil dalam diri tu. Ni nak mintak merayu ke, nak apa?
Tak malu ke?
Bila hak Allah tak penuhi, tapi hak sendiri, mintak Allah penuhi. Cepat pulak tu. Bukan main demand nya.
Tak malu ke?
Bila lengah-lengah menuju kepada Allah, distraction sana, distraction sini. Tangguh sana tangguh sini. Tapi nak Allah dengar dan respon pada diri sendiri setiap masa..
Tak malu ke?
“Dan carilah pertolongan (dari Allah) dengan jalan SABAR dan SOLAT.”
(al baqarah 2:153)
Kalau apply apa-apa dengan jabatan mana-mana, mesti ada prosedurnya. Ada adab dan budi bicaranya. Ciri-ciri kelayakan kena penuh, dokumen untuk permohonan kena bawak semua. Kena datang di tempat yang betul, jumpa orang yang betul, dan macam-macam lagi lah.
Inikan pulak mintak dengan ALLAH, mestilah ada prosedur nya, ada adab dan budi bicaranya.
kena SABAR. bukan rushing, demand lebih. Sabar tunggu perancangan Allah, sangka baik. Bukan tamak, tak boleh tunggu lama sikit. Kena berlapang dada.

Sabar – Menahan diri. Sambil berdoa, sambil menahan diri, maknanya sambil menjaga hati, lisan dan anggota dari apa2 yang Allah tak suka. Bukannya lepas sembahyang mintak doa, tapi lepastu pergi buat benda lagha. Mana boleh. Kena SABAR.
Kena SOLAT. cukup 5 waktu dah memang wajib, tu benda basic kot. Kena awal waktu. Eh ini pun, patutnya benda basic. Bukan time nak doa mintak benda-benda je baru nak solat di awal waktu. Yang penting, SOLAT tu kena khusyuk. Sambil rebahkan lutut dan tangan, sambil letakkan dahi ke lantai, sambil tundukkan hati. Sedar diri. Hamba.
Lepastu barulah boleh nak minta tolong dengan Allah. Bermohonlah. List kan lah panjang mana pun, minta lah yang logik ke yang tak logik ke, ikut sukalah. Kerana Allah tu Maha Perkasa. Dengan keperkasaanNYA pulak, Dia Maha Mendengar. Dan Maha Mengabulkan. Minta lah nak minta apa pun.. Mana mungkin hamba yang SABAR dan SOLAT, Dia tak tolong? Mana mungkin, Allah yang Maha Baik tu lokek macam tu.
Jadi, SABAR lah.. Sekuat hati. Dan SOLAT lah, sepenuh hati.
Kalau tak, eish. Tak malu ke?
Yang tulis ni pun, kalau tulis, tapi sendiri tak mau ikut.

Tak malu ke?
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

p/s : Pesanan buat semua, dan buat diri yang dho'if ini juga. Sama-sama kita muhasabah diri. Jom audit diri ke arah yang lebih3 baik! InsyaAllah! ^-^


Saturday 25 May 2013

Kenapa Mulut dicipta tanpa Pasangan?








PERNAHKAH KITA TERFIKIR  MENGAPA MULUT DICIPTA TANPA PASANGAN? SEDANGKAN TELINGA, TANGAN, MATA DAN KAKI SEMUANYA BERPASANGAN. 

ANTARA DUA FAKTOR YANG MENYEBABKAN KERACUNAN IMAN SESEORANG ADALAH BERPUNCA DARIPADA MULUT:

1.       Ketajaman mulut melebihi mata pedang. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 53: “dan katakan kepada hamba-hamba-KU : ‘Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar); sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia’.”

Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan antara mereka. Di dalam mulut ada sekeping daging yang tidak bertulang namun bisanya umpama sengat ular. Daging itu juga berupaya memutarbelitkan kebenaran, mencela, mengumpat dan berkata keji.

2.       Kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsu menjadi pemandu dan manusia menjadi kenderaannya. Dapat kita perhatikan waktu makan, ikutkan nafsu pasti kita akan menelani makanan yang terhidang hingga kenyang lalu menyukarkan kita untuk beribadah pada Allah. Andai makanan kita kotor pasti hati kita akan terbentuk daripada bahan-bahan yang kotor.Hati yang kotor pasti sukar untuk menerima hidayah Allah SWT. Makanan yang berkualiti akan membentuk hati yang berkualiti lalu menjamin ibadah yang berkualiti.
Sebenarnya mulut telah menjalankan pekerjaan yang melebihi pancaindera yang lain. Asal usul pekerjaan mulut adalah ibadah dan bersifat mulia namun ia boleh berubah membawa padah pada manusia apabila ‘pekerja’ yang ditugaskan untuk bekerja tidak menjalankan amanah yang ditetapkan oleh Maha Pencipta.

TUJUAN PENCIPTAAN MULUT ANTARANYA ADALAH:
1.       Sentiasa berzikir kepada Allah SWT
2.       Melahirkan ucapan yang disenangi orang lain
3.       Menyatakan kesyukuran dan kebesaran Allah SWT
4.       Menyuruh amar makruf
5.       Mencegah nahi mungkar
6.       Menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “hendaklah kamu berkata baik ataupun diam.”


ANTARA HIKMAH DIAM YANG DIMAKSUDKAN RASULULLAH SAW:

1.  Apabila kurang bercakap kita akan lebih banyak berfikir, maka akal menjadi lebih tajam.
2.  Fikiran yang tajam dapat menjamin tindakan yang kita lakukan berlandaskan keimanan.
3.  Kurang dosa.Banyakbercakapbanyakdosa. Apabilabanyakdosa hilang perasaan malu, maka manusia seenaknya melakukan maksiat.
4.  Tidakmenyakitiperasaan orang lainmeskipun TIADA NIAT menyakiti.
5.  Dapat menilai baikdanburuk sesuatu tindakan kerana tatkala banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai. 

KESIMPULANNYA, JIKA MULUT DICIPTAKAN BERPASANGAN, MAKA AKAN BERTAMBAHLAH ‘MAKSIAT’ SESEORANG ITU KERANA MEMELIHARA MULUT YANG SATU INI PUN BANYAK UJIANNYA. JADI, KURANGKAN BERCAKAP, BANYAKKAN MENDENGAR! WALLAHUA'LAM.

*dipetik dari MAJALAH GEN-Q, isu 05, Hadiah untukIbudanAyah, halaman 20 dan 30.
  KERANA MULUT BADAN BINASA, teks: NurainiShahroni

Nota kaki: YaAllah, ampunkan kami kerana berlebih-lebihan dalam urusan kami..


Friday 24 May 2013

Nilai Secebis Kain







                             
Bismillahirrahmaanirrahim..


Kerana secebis kain,
ramai orang bertegang leher dan saling memeperlekehkan
mempertahankan nilai niqab dan yang lagi satu pihak mempertikaikan nilainya

Aku mencari rujukan
Bukan satu tetapi banyak sumber

Bagiku, niqab..
melindungi kecantikan seseorang muslimah dari menjadi fitnah akhir zaman (tetapi jika dia benar mencontohi para salafussoleh dan wanita zaman nabi yang tinggi akhlaknya)

membawa jiwa sesiapa makin dekat kepada Allah SWT
melindungi diri dari menjadi tatapan lelaki yang makin runtuh akhlaknya di akhir zaman ini..

adalah sunnah,pakaian isteri-isteri Nabi dan cabaran bagi muslimah,namun bukanlah tanda kesempurnaan imannya..

Telinga ini menadah beribu penyataan yang menyakitkan dari majoriti
Hati ini tertanya-tanya benarkah kata orang;

Niqabis adalah pelampau dalam agama?
Niqabis adalah penyamaran lelaki yang berniat jahat?
Niqabis adalah orang yang dikhuatiri sebagai pesalah yang menyamar dan memiliki senjata di dalam pakaiannya?
Niqabis adalah penganut ajaran sesat?
Niqabis tak boleh bekerja, hanya suri rumah?
Niqab tidak sesuai pada zaman ini?
Niqab hanya dipakai kerana mengelak habuk di padang pasir?
Niqab untuk orang yang hodoh?
Niqabis tidak boleh menyampaikan dakwah?
Tidak akan ada suami yang suka akan isterinya yang bergelar niqabis?

Benarkah kata orang..?
hati ini menangis..
jiwa makin lelah untuk mempertahankan nilai secebis kain
dan memilihara kesuciannya..
wajah ini dihalang dari menyarungkan secebis kain
hanya kerana seCEBIS kain yang mendamaikan jiwa insan-insan tertentu…

Aku tunggu saat hingga diizinkanNya
Dan dalam penantian aku cuba bermuhasabah
Aku perbaiki segala kelemahan diri
Aku setia dalam doa kepadaNya
Aku mengharapkan petunjuk yang terbaik buatku

Hanya kerana secebis kain yang disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu,
Niqab menjadi sesuatu yang dilarang

Wahai Muslimah yang berniqab..
hiasilah peribadimu dengan akhlak seperti
srikandi zaman kegemilangan Islam,
rujuklah para salafussoleh..

Jauhilah pengaruh barat yang membuatkan semuanya indah belaka
sedangkan wanita mudah menjadi penghuni neraka

jangan cemarkan imejmu yang berpurdah dengan berdua-duaan dengan ajnabi
jangan kau dekati zina dengan cara yang halus seperti berbalas mesej dengan ajnabi,calling and dating
yang akhirnya niqabiah lain dipandang serong
tanyalah pada diri..

wujudkah wanita pada zaman kegemilangan Islam yang bercouple sebelum nikah??

Kadang ada kecewa dalam hati…
Kerana sesetengah muslimah menjadi niqabiah tanpa ilmu dan tanpa akhlak
Kerana sesetengah muslimah yang menjadi niqabiah mencemarkan imej yang sepatutnya suci dan menjadi ikon,contoh,role model kepada yang lain
Kerana mereka menutup wajah mereka tetapi melampau dalam berhias,
mempamerkan gambar yang menggoda hati lelaki

Apakah nilai secebis kain di hatimu??
Tolong refresh niatmu berniqab, " Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya." Kemudian pastikan setiap tindakan kita Allah redha
tolong tingkatkan ilmu agamamu
tolong perbaiki akhlakmu
agar kita mencerminkan bahawa Islam itu indah,suci dan selamat

moga suatu hari nanti,
secebis kain itu dapat dipakai dengan rasa tenang tanpa kutukan dan cacian
dan makin dekat dengan Ya Rabb..
moga suatu hari nanti,
secebis kain itu dapat mengingatkan hati-hati yang lalai untuk kembali pada jalan yang benar


-luahan hati muhajirah azra’-


Thursday 23 May 2013

Salam Jumaat :)



بسم الله الرحمن الرحيم
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."













Monday 20 May 2013

Time to Sleep :)









Jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. Jam berdetak perlahan. Jalan raya makin lengang. Mata sudah layu.

Oh, sebelum tidur, kena tinggalkan satu status dalam facebook.

“dah pukul 12.. jom tidur. selamat malam”

Eh,, kejap, kejap. Sebelum tidur, makesure buat dulu semua sunnah yang nabi ajar ni.:-) barulah boleh mimpi jumpa bidadari. InsyaAllah..

Adab sebelum tidur.
1)  Meniup[1]  telapak tangan, kemudian membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas- Aisyah -radiallahu ‘anha-:
“Apabila Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam hendak beristirehat di tempat tidurnya pada setiap malamnya bagina menyatukan dua telapak tangannya kemudian meniup kedua telapak tangannya yang dilanjutkan dengan membaca padanya ‘Qul Huwallahu Ahad’ dan ‘Qul A`udzu birabbil falaq’ serta ‘Qul A`udzu birabbinnas’, kemudian mengusapkan tangannya ke seluruh tubuh baginda yang mampu baginda jangkau, dimulai dari bahagian kepala kemudian wajah kemudian bahagian tubuh yang paling dekat dijangkau. Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya tiga kali.”[2]

2) Membaca surah al-Kafirun-
Bahwa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Naufal: “Bacalah ‘Qul Yaa Ayyuhal kaafiruun’ kemudian tidurlah setelah selesai membacanya kerana itu merupakan bentuk pelepasan diri daripada kesyirikan.”[3]

3) Membaca doa dan zikir-
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang hendak tidur di tempat tidurnya tanpa berdzikir kepada Allah -Subhanahu wa Ta`ala- maka Allah -Subhanahu wa Ta`ala- akan jauh darinya di hari kiamat.[4]

4) Minta dijauhkan dari azab neraka
* Hadis Hafshah -radiallahu ‘anha- (istri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam) Bahwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Rasulullah setiap hendak tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipinya, kemudian membaca doa:
اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك
‘Allahumma qinni azabaka yauma tab`atsu ibaadaka’ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu, dari azabMu di hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu.) Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membacanya tiga kali.”[5]

5) Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar(33kali)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ketahuilah, aku akan menunjukkan kepada kalian berdua apa yang lebih baik bagi kalian berdua daripada seorang pembantu, yaitu jika kalian berdua mendatangi tempat tidur kalian atau kalian hendak tidur padanya, maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbih tiga puluh tiga kali, dan bertahmid tiga puluh tiga kali. Maka ini yang demikian adalah lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”[6]

6) Mohon ampun. Istighfar.
Dari Abu Zubair Al-Anmaari -radiallahu ‘anhu-, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda:“Jika seseorang hendak ke tempat tidurnya pada malam hari, ucapkanlah:
بسم الله وضعت جنبي ، اللهم اغفر لي ذنبي ، وأخسئ شيطاني ، وفك رهاني ، واجعلني في الندي الأعلى
‘Bismillahi wadha`tu janbi, Allahummagh firli zanbi, wa akhsaa’ syaitanii wa fakka rahaanii, waj`alnii fin nadyil a`la’. (Dengan menyebut nama Allah, aku meletakkan tubuh ini, Ya Allah, berilah ampunan bagiku atas dosa-dosaku, usirlah syaitan dari diriku, bebaskan apa yang masih tergadai dariku, jadikanlah aku dalam tempat yang paling Tinggi).”[7]
(^_^)
Aha, satu lagi. Jangan lupa baca ayat kursi.
Ok, sekarang dah boleh tidur. Selamat malam. Semoga esok lebih baik dari hari ini..




[1] . Meniup maksudnya adalah sesuatu yang lebih ringan dari meludah
[2] . HR. Al-Bukhari, no. 5017.
[3] . HR. Abu Daud, no. 5055 dan hadis ini adalah lafaznya. Disahihkan oleh Al-Albani -rahimahullah-, Ahmad, no. 23295, At-Tirmizi, no. 3403, dan Ad-Darimi, no. 3427.
[4] HR. Abu Daud, no. 5059 dan disahihkan oleh Al-Albani Rahimahullah
[5] . HR. Ahmad, no. 25926, Abu Daud, no. 5045, dan hadis ini adalah lafaznya. Disahihkan oleh Al-Albani -Rahimahullah- namun tanpa lafaz ‘tiga kali’. At-Tirmizi, no. 3398, Ahmad, no. 22733 dari hadis Hudzaifah bin Al-Yaman -Radiallahu ‘anhu-.
[6] . HR. Al-Bukhari, no. 6318, Muslim, no. 2727, Ahmad, no. 605, At-Tirmizi, no. 3408, Abu Daud, no. 2988, dan Ad-Darimi, no. 2685.
[7] . HR. Abu Daud, no. 5054, dan disahihkan oleh Al-Albani Rahimahullah..

via : Ilmi-Islam :-)

Saturday 18 May 2013

Alhamdulillah ya Allah..:")










Bismillahirrahmaanirrahim..
Indahnya Berniqab...^^

Ya ukhti.. Tahu tak?
Dulu setiap kali aku melihat wajahmu berniqab,
Aku rasa nak pengsan!
Ingin sahaja aku menegurmu,
Memeluk kamu sekuatnya,
Dan berbisik padamu,
"Aku sungguh cemburu padamu.."

Kini.. Aku sebahagian dari kamu,
Satu hal yang tak mungkin aku lupa seumur hidupku,
Tatkala pertama kalinya,
Purdah itu menyentuh wajahku..
Aduuhhh...
Sungguh indah perasaan itu..
Manisnya tak terluah di bibir..
Entah kenapa..
Suatu perasaan yang sangat sayu dan pilu,
Menerkam di jiwa..
Suatu perasaan aneh menjerut dan menikam kalbu ku..
Aku ingin menjerit!!
Mengkhabarkan pada seisi dunia.

AKU BAHAGIA!!
Wahai dunia!!!
Dengar tak.....??!!!!
AKU BAHAGIA..!!
Mataku berkaca kaca menahan sebak..
Aku menangis!!
Air mata kebahagiaan deras tumpah ke pipi :'')

YA ALLAH!!
"Manis nyaaa perasaan ini..!!
"Lazat nyaaa perasaan ini..!!
Sehingga ke hari ini,
Setiap kali aku melihat kamu,
Tertutup indah tudung di wajahmu,
Aku tersenyum sendiri,
Sambil mengucapkan satu kata..
"ALHAMDULILLAH.. SYUKRAN YA ALLAH "
"Aku sedang merasai kelazatan NIKMAT nyaaa.."

p/s : Alhamdulillah.. Aku berpurdah kerana dikurniakan hidayah Allah, bukan ikut sapa2 atau bukan kerana fesyen semata.

peace ^^Y

Friday 17 May 2013

Al-Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi















Al-Qaradawi telah mengarang hampir seratus buah buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam. Buku-buku beliau sangat diminati oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan buku-buku tersebut telah diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di samping itu, buku-buku tersebut dapat menjelaskan wawasan perjuangan dan pemikiran al-Qaradawi secara lebih terperinci.


1. Fikah dan Usul Fiqh

Sebagai seorang ahli fikah, beliau telah menulis beberapa buah buku yang terkenal seperti berikut :
1. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), al-Maktab al-Islami, Beirut, 1980.
2. Fatawa Mu’asarah, 2 jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar al-Wafa’, Kaherah., 1993
3. Al-Ijtihad fi al-Shari’at al-Islamiah, (Ijtihad dalam syariat Islam), Dar al-Qalam, Kuwait,1996
4. Madkhal li Dirasat al-Shari’at al-Islamiah, (Pengenalan Pengajian syariat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
5. Min Fiqh al-Dawlah al-Islamiah, (Fiqh Kenegaraan), Dar al-Shuruq, Kaherah,1997
6. Nahw Fiqh Taysir, ( Ke arah fiqh yang Mudah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1999
7. Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, (Fatwa-fatwa antara Kejituan dan Pencerobohan), Dar al-Sahwah,Kaherah,1992
8. Al-Fiqh al-Islami bayn al-Asalah wa al-Tajdid, (Fikah Islam antara ketulenan dan Pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
9. Awamil al-Sa’ah wa al-Murunah fi al-Syari’ah al-Islamiah (Faktor-Faktor kelenturan dalam syariah Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999
10. Al-Ijtihad al-Mu’asir bayn al-Indibat wa al-Infirat, (Ijtihad Semasa antara kejituan dan kecuaian), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah,1994
11. Fiqh al-Siyam, ( Hukum Tentang Puasa), Dar al-Wafa’, Kaherah,1991
12. Fiqh al-Taharah, (Hukunm Tentang Kebersihan), Maktabah Wahbah, Kaherah,2002
13. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa (Hukum Tentang Nyayian dan Muzik ), Maktabah Wahbah, Kaherah,2001
14. Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah, ( Fiqh minoriti Muslim) Dar l-Shuruq, Kaherah, 2001


2. Ekonomi Islam


15. Fiqh al-Zakat 2 Juzuk (Fikah Tentang Zakat), Muasassah al-Risalah, Beirut,
16. Mushkilat al-Faqr wa kayfa Alajaha al-Islam, (Masalah kefakiran dan bagaimana Islam mengatasinya),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1980
17. Bay’u al-Murabahah li al-Amri bi al-Shira; ( Sistem jual beli al-Murabah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1987
18. Fawa’id al-Bunuk Hiya al-Riba al-Haram, ( Faedah bank itulah yang diharamkan), Dar al-Wafa’, Kaherah,1990
19. Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, ( Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
20. Dur al-Zakat fi alaj al-Musykilat al-Iqtisadiyyah, (Peranan zakat dalam Mengatasi Masalah ekonomi), Dar al-Shuruq, kaherah, 2001


3. Pengetahuan tentang al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Qaradawi juga melalukan kajian mengenai al-Quran dan al-Sunnah terutama dalam memahami metodologi, car berimteraksi dan membetulkan kefahaman mengenai al-Quran dan al-Sunnah. Dalam bidang ini beliau telah menulis :

21. Al-Aql wa al-Ilm fi al-Quran, ( Akal dan Ilmu dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
22. Al-Sabru fi al-Quran, (Sabar dalam al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1989
23. Tafsir Surah al-Ra’d, (Tafsir surah Ra’d), Dar al-Bashir, Kaherah,1996,
24. Kayfa Nata’amal ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, (Bagaimana berinteraksi dengan sunnah), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2000
25. Madkhal li Dirasat al-Sunnah, (Pengantar mempelajari sunnah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
26. Kayfa Nata’amal ma’a al-Quran, ( Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran), Dar al-Shuruq, Kaherah,1999
27. Al-Muntaqa min al-Taghib wa al-Tarhib ( hadith-hadith terpilih mengeni berit gembira dn peringatan), Dar al-Wafa, Kaherah, 1993
28. Al-Sunnah Masdaran li al-Ma’rifah wa al-Hadarah, (Sunnah sebagai sumber pengetahuan dan tamadun), Dar al-Shuruq, Kaherah, 1997


4. Akidah Islam

Mengenai persoalan tauhid, al-Qaradawi telah menulis beberapa buah buku :

29. Wujud Allah, (Adanya Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1990
30. Haqiqat al-Tawhid, (Hakikat Tauhid), Maktabah Wahbah, Kaherah,19
31. Mawqif al-Islam min al-Ilham wa al-Ksh wa al-Ru’a wa Min al-Kananah w al-Tarna’im wa al-Ruqa. ( Posisi Islam mengenai Ilham, kasyaf, mimpi, ramalan, pencegah kemalangan dan jampi), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1994
32. Iman bi Qadr, (Keimanan kepada Qadar), Maktabah Wahbah, Kaherah,


5. Dakwah dan Pendidikan

Al-Qaradawi juga merupakan seorang juru dakwah yang penuh semangat. Dalam bidang ini beliau telah menulis buku-buku terkenal :

33. Thaqafat al-Da’iyyah, (Wawssan Seorang juru dakwah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
34. Al-Tarbiah al-Islamiah wa Madrasah Hassan al-Banna,, ( Pendidikan Islam dan ajaran Hassan al-Banna), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992
35. Al-Rasul wa al-Ilmi, ( Rasul dan Ilmu), Muasassah al-Risalah, Beirut, 1991
36. Al-Waqt fi Hayat al-Muslim (Waktu dalam kehidupan seorang Muslim), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1991
37. Risalat al-Azhar bayn al-Ams al-Yawmi wa al-Ghad, ( Risalah al-Azhar antara semalm, hari ini dan besok), Maktabah Wahbah, Kaherah,1984
38. Al-Ikhwan al-Muslimun sab’in Amman fi al-Da’wah wa al-Tarbiyyah, (Ikhwan al-Muslimun selama 70 tahun dalam dakwah dan Pendidikan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999


6. Kepastian mengatasi Masalah dengan cara Islam

Menurut pandangan al-Qaradawi, Islam adalah suatu kepastian yang wajib diikuti untuk mengatasi semua masalah yang kita hadapi. Tidak ada suatu sistem yang dapat mengatasi persoalan umat kecuali Islam. Malah apa-apa sistem selain Islam hanya akan menambahkan luka parah yang sudah di alami umat. Mengenai masalah ini beliau telah menulis :

39. Al-Hulul al-Mustwaradah wa Kayfa janat ‘ala Ummaatina, (Penyelesaian Import : bagaimana ia Menghentam Umat kita), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
40. Al-Hall al-Islami faridatan wa daruratan (Mengatasi masalah dengan cara Islam adalah suatu kewajipan dan kepastian), Maktabah Wahbah, Kaherah,1987
41. .Bayinat al-hall al-Islami wa Syubuhat al-Ilmaniyyin wa al-Mustaqhribin, (Penjelasan mengatasi masalah dengan cara Islam dan tuduhan orang Barat dan pengnut sekular), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1988
42. ‘Ada’ al-hall al-Islami, (Musuh-musuh dalam penyelesaian cara Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000


7. Tokoh Islam

Al-Qaradawi juga menulis beberapa buah buku tentang sejarah hidup para tokoh :

43. Al-Imam al-Ghazali bayn Madihi wa Naqidihi, ( Imam al-Ghazali antara para pemuja dan pengkritiknya). Dar al-Wafa’, Kaherah, 1988
44. Al-Shaykh al-Ghazali Kama Araftuhu Khilala Nisf al-Qarn (Syeikh al-Ghazali seperti yang saya kenal selama setengah abad), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995
45. Nisa Mu’minat, (Para Wanita Beriman), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1979
46. Abu Hasan al-Nadwi Kama ‘Araftuh, , (Abu Hassan al-Nadwi seperti yang saya kenal) Dar al-Fikr, Beirut, 2001
47. Fi Wada’ al-‘A’lam (Memperingati Pemergian Tokoh-Tokoh), Dar al-fikr, Beirut, 2003


8. Dalam bidang Akhlak berdasarkan al-quran dan al-sunnah

48. Al-Hayat al-Rabbaniah wa al-‘Ilm, (Kehidupan Rabbani dan Ilmu), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995.
49. Al-Niyat wa al-Ikhlas (Niat dan Keikhlasan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
50. Al-Tawakkal (Bertawakal kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
51. Al-Tawbah ila Allah ( Taubat kepada Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2000


9. Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam yng sedang rancak dan merebak ke seluruh dunia kebelangkangan ini juga menjadi perhatian al-Qaradawi. Beliau adalah seorang tokoh aktivis yang sering memberikan gagasan-gagasan yang meluruskan hala-tuju gerakan kebangkitan Islam pada jalan tengah dn mencakupi hampir semua permasalahan umat. Tulisan beliau dalam persoalan ini menyeluruh, mendalam dan bersesuaian dengan realiti semasa. Al-Qaradawi dalam masalah ini telah menulis beberapa buah buku yang terkenal :

52. Al-Sahwah al-Islamiah Bayn al-Juhud wa al-Tatarruf ( Kebangkitan Islm antara penolakan dan sikap ekstrim), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1992
53. Al-Sahwah al-Islamiah bayn al-Ikhtilaf al-Mashru’ wa al-Tafaruq al-Madzmum, ( Kebangkitan Islam antara perbezaan pendapat yang dibolehkan dan perpecahn yang tercela), Dar al-Wafa’, Kaherah, 1991
54. Al-Sahwah al-Islamiah wa Humum al-Watan al-Arabi ( Kebangkitan Islam dan keresahan negara-negara Arab), Dar al-Sahwah, Kaherah,1993
55. Min Ajli Sahwah rashidah Tujaddid al-Din wa Tanhad bi Dunya (Untuk mencapai kebangkitan yng sedar, yang membaharui agama dan membaiki dunia),Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995
56. Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah (Keutamaan gerakan Islam pada masa depan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2001
57. Fi Fiqh al-Awlawiyyat ( Fikah Memahami keutamaan-keutamaan), Maktabnah Wahbah, Kaherah,2000
58. Al-Islam wa al-Ilmaniyyah wajhan li wajhin ( Islam dn sekularisme secara berdepan), Maktabah Wahbah, kaherah, 1997
59. Ayna al-Khalal? (Di manakah kesalahannya?), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1985
60. Al-Syariat al-Islamiah Solihah li tatbiq fi Kulli Zaman wa makan ( Syariat Islam sesuai dilaksana setiap masa dan tempat), Dar al-Sahwah, Kaherah, 1993
61. Al-Ummah al-Islamiyyah haqiqatun la wahm ( Umat Islam adalah suatu hakikat dan bukan khyalan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
62. Al-Thaqafah al-Islamiyyah bayn al-Asalah wa al-Mu’asarah ( Pengetahuan Islam antara ketulenan dn pembaharuan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1994
63. Ghair al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islam (Orang Bukan Islam dalam masyrakat Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1992
64. Al-Muslimun wa al-Aulamah, ( Kaum Muslim dan globalisasi), Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah, 2000
65. Al-Islam wa Hadarah al-ghad (Islam Tamadun Masa Depan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1995
66. Al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajahat al-Islam, ( Ektremis Sekular dalam Menghadapi Islam), Andalusiah li Nashr,Kaherah, 2000
67. Al-Sahwah al-Islamiah min al-Murahaqah ila al-Rusyd, (Kebangkitan Islam dari transisi kepada panduan), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2002


10. Penyatuan fikrah bagi Petugas Islam

Al-Qaradawi juga menulis buku mengenai asas–asas yang diperlukan bagi petugas Islam dengan mengambil kira asas pendidikan yang telah ditetapkan oleh Hassan al-banna. Antaranya ialah :

68. Syumul al-Islam (Kesempurnaan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1991
69. Al-Marji’yyat al-Ulya fi al-Islam al-Quran wa al-Sunnah ( Sumber rujukan tertinggi dalam Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah),Muasassah al-Risalah, Beirut, 1993
70. al-Siyasah al-Syar’iyyah fi daw’ nusus al-Shari’at wa Maqasiduha (siyasah syar’iyyah menurut syariat dan matlamatnya), Maktabah Wahbah, Kaherah,
71. Kayfa Nata’amal Ma’a al-Turath (Bagaimana Berinteraksi dengan Buku-buku klasik), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2001
72. Nahw Fiqh Muyassar mu’asirah, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999


11. Kefahaman Islam

Al-Qaradawi juga menulis tentang kefahaman Islam dengan pendekatan yang mudah dan jelas. Antaranya ialah :

73. Al-Iman wa al-Hayat (Iman dan Kehidupan), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990
74. Al-Ibadat fi al-Islam (Ibadat dalam Islam), Maktabah Wahbah,Kaherah, 1985
75. Al-Khasas’is al-Ammah li al-Islam (Keistimewaan Agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1989
76. Madkhal li Ma’rifah al-Islam, (Pengantar Mengenali agama Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
77. Al-Nass wa al-Haq ( Manusia dan Kebenaran), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
78. Jil al-Nasr al-Mansyud ( Generasi Kemenangan yang dinantikan), Maktabah Wahbah, Kaherah,1998
79. Durus al-Nakbah al-Thaniah (Pengajaran mengenai musibah kedua), Maktabah Wahbah, Kaherah,1993
80. Khatab al-Shaykh al-Qaradawi 5 jilid (Khutbah Syeikh al-Qaradawi), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1997
81. Liqaat wa Muhwarat hawla Qadaya al-Islam wa al-‘Asr (Perbincangan tentang permasalahan Islam dan semasa), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2001
82. Qadaya Mua’sarah ala basat al-Bahth (Kajian mengenai permasalan semasa)
83. Ri’ayah al-bai’ah fi Syari’at al-Islam ( Memelihara alam Sekitar Menurut Syariat Islam), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2001


12. Bidang Kesussateran dan syair

84. Nafahat wa Lafahat (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah.
85. al-Muslimun Qadimun ( Orang Muslim Maju) (Syair), Dar al-Wafa’, Kaherah,
86. Yusuf al-Sadiq, (Nabi Allah Yusuf) (Drama), Maktabah Wahbah, Kaherah,
87. Alim wa Taghiyyat , (Golongan Ulamak dan Golongan Pelampau)( Drama), Maktabah Wahbah, 1998


13. Risalah Kecil Mengenai Kebangkitan Islam

88. Al-Din fi ‘Asr al-‘Ilm ( Agama dalam dunia Ilmu Pengetahuan). Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995
89. Al-Islam wa al-Fann (Islam dan Kesenian), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
90. Al-Niqab al-Mar’ah ( Pemakaian tudung bagi wanita), Maktabah Wahbah Kaherah, 1996
91. Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiah ( Kedudukan wanita dalam kehidupan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
92. Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (Fatwa-fatwa tentang wanita Muslimah, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
93. Jarimah al-riddah (Jenayah Murtad), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
94. Al-Aqaliiyyat al-Diniyyat wa hulli al-Islami ( Minoriti agama dan Penyelesaian Islam, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996
95. Al-Mubasyirat bintisar al-Islamiah ( Berita Kemenangan Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1996
96. Mustaqbal Usuliyyah al-Islamiah ( Masa Depan golongan fanatik Islam), Maktabah Wahbah, Kaherah,1997
97. Al-Quds Qadiyah likulli al-Muslim ( Quddus tanggungjawab setiap muslim), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1998
98. Hajat al-Basyariah ila al-Risalah al-Hadariah li Ummatina ( Kepeluan Manusia kepada risalah ketamdunan kita), Maktabah Wahbah, Kaherah, Kaherah, 2000
99. Fatawa min ajli Palastin, (Fatwa-fatwa tentang Palestin), Maktabah Wahbah, Kaherah, 2003
100. Zahirah al-Ghulu fi Takfir ( Fanatik dalam Mengkafir), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1990


Al-Qaradawi merupakan seorang ulamak yang gigih dalam mempertahan dan menjelaskan Islam melalui buku-bukunya. Buku-buku karangannya melebihi 100 buah buku amat baik dibaca, diteliti dan dikaji oleh anak-anak muda dalam membentuk pemikiran Islam. Hasil mutiara pemikirannya perlu digarap sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang. Ketokohannya dalam penulisan dan menjadi perisai dalam mempertahankan Islam harus diberi penghargaan. Dalam abad ini antara ulamak yang banyak menulis buku ialah Muhamad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi dan Wahbah al-Zuhaili.




Thursday 16 May 2013

Mana Mak? :"(





Kasih Ibu Membawa ke Syurga :")


Mana Mak?
- Kisah Sedih Seorang Ibu Kepada Anak-Anaknya.
|| Cerpen pendek yang sesuai dibaca jika anda memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pendek, tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan paling sempurna dalam kehidupan kita. ||

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang.

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya “Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian.

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam esakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


**Hargailah ibumu jika dia masih di dunia. Doakan dia jika dia sudah menghadap yang Maha Esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lama kamu tidak menelefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira. Jangan lupa setiap kali selepas solat, doakan kesejahteraan ibu dan ayahmu selalu.

"Rabighfirli waliwa lidaiyya, warhamhuma kama rabbayani soghiira. Amiin ya rabbal 'aalamiin." :-)



Wednesday 15 May 2013

Terima Kasih Cikgu~!!









Bismillahirrahmaanirrahim..


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mengajar saya di :

- Tadika Pasti, Pulau Pangkor
- SK Sultan Idris II, KK
- SRAR Al-Itqaniah, KK
- SMK Raja Perempuan Kelsom, KK
- SMK Bukit Merchu, KK
- Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, KK

Jasamu guru akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali. InsyaAllah..:")

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979




وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡ‌ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬


Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)


Selamat Hari Guru!!! (^_^)
Guru Malaysia, 1 Aspirasi, 1 Agenda.
Wassalam..



Wednesday 8 May 2013

Indahnya Politik Cara Islam..^-^






Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Namun politik yang bagaimana?  Ini yang menjadi persoalan.  Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya.  Mereka terikut-ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu.  Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir.

Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada satu bentuk politik yang bersih, kuat dan strategik.  Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya.  Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana  baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah.  Bagaimana ia  memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam?  Ke arah cinta dan sanggup mati kerana Islam.  Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik.

Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan.  Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan kalimatullah di seluruh bidang kehidupan.  Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan, memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat.  Tujuannya agar semua manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga. 


Jadi, inilah garis politik Rasulullah.  Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi baginda.  Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi.  Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah.  Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan.  Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain.  Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.

Allah berfirman: 
"Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan."

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam.

Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai.  Rasulullah sedar hakikat ini.  Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang.  Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.

Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisma). 

Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang sepertiUmar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam.

Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan  yang mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam  yang menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.!

Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu) kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka.  Agar dengan itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akhirat, rindu dengan syurga, gerun dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam.  Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah wataknya.  Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf.  Daripada seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur, berilmu dan menegakkan hukum Allah. 

Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala kepada menyembah Allah.  Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan perjuangan  di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai.

Daripada  penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah peminum arak.  Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah golongan bawahan yang tertindas.  Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi abid yang sentiasa berzikir.  Inilah hasil siasah Rasulullah SAW.

Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat?  Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam?  Jawabnya, melalui dakwah dan tarbiah.  Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi tunjuk ajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi manafaat kepada masyarakat.

Dengan ini secara automatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur kehidupan manusia.  Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman,  negeri, negara dan dunia seluruhnya.

Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan kegagahannya.  Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat keuntungan yang lumayan .  Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan mendapat hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua-ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran:

"Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya sesungguhnya Kami (Allah) akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan bumi." 

Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah:

"Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan." 

Ini lah rahsia politik Rasulullah.  Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada Allah, rasul dan hari akhirat tergambar dalam sikap dan tindakan.  Tahap kedua ialah memupuk bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan.

Akhirnya mulalah satu bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat.  Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang pertanian, perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan dunia!

Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya, ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik.  Politik tidak boleh difahami secara dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak.  Politik bukanlah sekadar mengundi dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana-mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen dan lain-lain lagi.  Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini  bererti kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW.


Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak ! Tidak ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri.  Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa.  Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini.  Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya.

Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa. Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka.  Mereka boleh duduk pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan pentadbiran.  Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al-Walid pada masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera.  Saidina Umar, pada masa sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al-As dan lain-lain lagi.  Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma hati dan jiwa sahaja yang telah diubah!

Jika orang bertanya,  akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik? 
Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah di bidang perniagaan?  Jawabnya,  Rasulullah memang berjaya.  Tidak ada catitan sejarah yang menunjukkan Rasulullah "bangkrup" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang negara kita?  Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata?  Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu mempertahankan sistem ekonomi Barat.

Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah.  Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya, InsyaAllah akan turut berjaya.  Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik Rasulullah.

Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara.  Sadat ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri.  Dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.
Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih menerima jalan politik Baratpun, turut terhina dengan kekalahan memanjang.....

Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah.  Cara ini menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit.....  

Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik.  Memang ada ahli politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan lama!!

Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier," Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara.  Sedangkan mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar.  Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik.

Inilah politik barat.  Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya.  Mahu tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat, kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya.  Menerimanya bererti menjemput kehinaan.  Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan.  Sekarang timbul persoalan,  siapakah ahli siasah yang sebenarnya?
Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun. 

Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'.  Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam.  Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab  jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan pentadbiran Islam.  Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil!!!

Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti politik yang bercorak Islam.  Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan dan kerusi-kerusi kebesaran mereka.  Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat Islam.

Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian ditelanjangkan di khalayak ramai.  Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus dari ajaran Islam.  Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita.  Akibat daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari daripada kita.  Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian, bukan ajaran Islam!

Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwa pahit yang melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah.  Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahagiaan dan keamanan untuk negara.  Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang menimbulkan huru-hara?  Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah terbukti berjaya?  Terpulanglah kepada masyarakat menimbangkannya.

( Artikel dari pembacaan )