Tuesday 6 August 2013

Tips Membeli Pakaian Raya



Salam Lebaran ;-)
Bismillah..

Alhamdulillah, sedar tidak sedar bulan Ramadhan sudah 4 minggu dilalui, sudah hampir ke penghujung. Lebih kurang 1 hari lagi kita semua bakal menyambut Syawal dengan perasaan gembira. Suasananya sudah mula terasa dengan bandar – bandar mula dipenuhi dengan orang ramai yang mula bershopping, mencari baju raya dan sebagainya.
Inilah saat paling bahagia bagi sesebuah keluarga. Keluar membeli belah bersama – sama, terasa manisnya ikatan kekeluargaan disaat menyambut syawal ini. Tidak kurang juga bagi mereka yang shopping secara online kerana kesibukan dan kekangan masa.
Persoalannya, selalukan kita berbelanja secara over tanpa disedari? Budjet lari? atau ditipu semasa shopping secara online?
Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk bershopping pakaian raya:

Tentukan Budjet

Tentukan budjet anda. Pastikan ia bersesuaian dengan kemampuan anda, yang penting tidak keterlaluan. Contohnya, tetapkan budjet untuk membeli pakaian raya sekitar RM150, dan hanya bawa duit sebanyak itu sahaja ketika keluar mencari baju raya supaya kita tidak terlebih tanpa sedar. Lebih baik jika kos dapat dikurangkan, sekurang-kurangnya duit tersebut boleh digunakan untuk benda lain terutamanya kita yang masih belajar ( jangan dok bazir sangat duit PTPTN tu.. )
Umumnya, dua pasang baju sudah memadai untuk berhari raya. =)
Merancang budjet sangat penting bagi mereka yang sudah berkeluarga dan berpendapatan sederhana. Pastikan tiada barangan yang tidak perlu dibeli. Barangan yang masih elok tidak perlulah diganti. Fikirkan keperluan. Oleh itu, elok untuk kita menyediakan senarai keperluan.
Bagi yang ada anak – anak, pilihlah baju yang sederhana dan sopan kepada mereka, supaya sampai masa untuk menutup aurat, mereka senang mengamalkannya. Baju kanak – kanak tidak perlu mahal sebab mereka tidak memandang kepada jenama pun. Marilah kita ajar mereka bersederhana sejak dari kecil.
Ya saya tahu banyak orang yang dapat bonus gaji sempena musim raya ini, banyak jualan murah. Tapi hukum membazir dan anjuran untuk bersederhana tidak berkecuali pada musim perayaan. Memang sunat memiliki baju baru, tetapi tidak perlu melampau – lampau.

Elakkan Hutang

Ini paling utama, elakkan hutang. Memang pada waktu ini adalah time ‘tauke direct’ selling berleluasa dengan slogan “ambik dulu bayar kemudian”.
Dengan tiba – tiba sahaja kawan kita melambakkan barang jualannya diatas meja kita, takkan nak tengok sahaja kan? Waktu ini, kebijaksaan kita dituntut agar membuat keputusan dengan bijak. Fikirkan tentang perbelajaan pada selepas musim perayaan. Mampukah kita membayar semua hutang tersebut tanpa menjejaskan perbelanjaan kita pada bulan yang berikutnya?
Ambil boleh. Tak salah. Tetapi lebih baik jika bayar cash.
Begitu juga dengan penggunaan kad kredit. Berhati – hatilah semasa swap kad tersebut. Kadang – kadang kita tak sedar hutang kita bertambah dengan cepat, sehingga mencapai limit. Berbelanja sehari, tetapi menanggung hutang berbulan – bulan. *saya memang tak galakkan penggunaan kad kredit
( menurut fakta daripada Bank Negara Malaysia, sebanyak 25% daripada pengguna kad kredit di Malaysia telah diisytiharkan bankrup @ muflis ) – 

Bijak Memilih

Yang nampak cantik itu belum tentu sesuai dengan kita. Cuba dan padankan dahulu baju itu dengan kita. Pilih harga yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. Kadang – kadang sesetengah pakaian itu hanya mahal pada ‘jenama’ sahaja. Yang penting, pastikan ia menutup aurat in proper way ok? tak mau ketat2.. tak mau singkat2.. Berpakaianlah seperti muslimin dan muslimah sejati.
Lebih bijak jika kita melakukan survey terlebih dahulu. Pada musim ini, banyak tempat membuat sale dan potongan harga yang menarik. Pilih tempat yang menawarkan harga terbaik. Ia dapat menjimatkan tenaga dan masa kita semasa membeli belah. ( larat ke nak shopping lama – lama bulan puasa ni? )
Beberapa tempat seperti Jalan Masjid India dan Jalan TAR di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai barangan dan harga yang berpatutan. Yang penting bijak memilih =)

Shopping Secara Online

Cara ini memang agak digemari oleh mereka yang sibuk dan tak ada banyak masa. Dan sudah menjadi trend terbaru masyarakat kita membeli secara “duduk & pilih depan komputer”. Tetapi malangnya, ramai pula terdengar kes mereka ditipu oleh penjual ini. Okey, ini ada beberapa langkah yang boleh kita ambil:

1. Simpan bukti / resit pembayaran
2. Pastikan kedai online yang dipilih adalah dipercayai dan diakui oleh ramai orang, iaitu mempunyai reputasi yang baik. Pastikan mereka memaparkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon & dll, alamat sebenar kedai mereka. Kalau boleh, sah kan sendiri dengan menghubungi mereka melalui telefon.
3. Paling senang, check facebook mereka. Lihat feedback atau testimoni pelanggan yang terdapat pada wall mereka. Biasanya pelanggan akan post sesuatu seperti inform barang sudah sampai @ tidak, rasa puas hati @ tidak dan sebagainya. Dari situ kita boleh menilai kredibiliti penjual tersebut. Jika komen yang diberi banyak yang positive, maknanya penjual itu jujur.
4. Sebaiknya ketahui saiz pakaian yang hendak di beli,supaya tidak tersalah saiz dan tidak rugi.

Ada lagi?

Pesanan : Ingatlah sebaik – baik pakaian adalah taqwa. Dan itulah pentarbiyahan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita dapat mengelakkan pembaziran di Bulan yang mulia ini =)


Sunday 23 June 2013

Malam Nisfu Sya'ban



Bismillah..

Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza sebagaimana yang akan dijalaskan nanti.

Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat.

Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya

“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.

Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan hadith yang bermaksud :
“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata :

“Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku (Rasulullah) bertanya: “Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril menjawab : “Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir,tukang tilik nasib, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya”.

Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban

1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’  Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.
3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
4. Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.

Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban

Pada malam Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin, hendaklah membaca doa ini :





Thursday 13 June 2013

Terimalah Teguran Itu


Tegurlah saya, Nasihatilah saya. :')


Bismillah..

Let’s have a read and kita renungkan bersama-sama. :-)

Dua perkara yang banyak membantu kita menjadi seorang manusia yang baik ialah:

1. Ditegur
2. Menegur

Ditegur maksudnya kita menerima nasihat seseorang agar jadi lebih baik. 
Menegur maksudnya kita nasihatkan seseorang agar jadi lebih baik.

Hasilnya dapat PAHALA.

NAMUN, tegur menegur itu haruslah berdasarkan ikhlas, iman dan redha Allah. Kadang-kadang kita tak berapa suka ditegur dan menegur.

Kalau kita ditegur, maka ego kita akan tercabar.
Kalau kita menegur takut ego orang lain pula tercabar atau terasa.

Lalu kita kata siapalah kita ni nak tegur-tegur orang. Rupa-rupanya bila dihitung berkali-kali, kalau kita abaikan dua amalan ini KITA AKAN RUGI.

Memanglah kita akan terasa MALU bila ditegur, tapi lapangkanlah dada, terimalah teguran itu yang boleh MEMBAWA KEBAIKAN pada diri. Teguran mendidik jiwa hati dan akhlak. Kalau tidak, kita akan LUPA DIRI, DIULIT RASA EGO. Namun dalam banyak-banyak teguran terselit teguran yang AMAT BERMAKNA, iaitu teguran dari ALLAH.

Kita sering tak terperasan, ALLAH menegur kita. Bila kita rasa PANDAI, HEBAT, MULIA maka ALLAH SAYANG kat kita, ALLAH TEGUR kita. Cuba perhatikan ALLAH tegur kita semasa kita mendapat malu atas sesuatu perkara, semasa kita terjatuh, semasa berjalan.

Diantaranya paling halus ialah ALLAH menegur kita semasa kita BUAT SALAH secara TIDAK SENGAJA pada SESEORANG, lalu kita rasa BERSALAH dan MENYESAL.
Lantas PINTALAH KEMAAFAN darinya. Betapa teguran daripada ALLAH membawa MAKSUD bahawa kita harus SEDAR KELEMAHAN DIRI KITA sebagai HambaNYA. Kemudian kembalilah kepada ALLAH dengan penuh RASA SYUKUR dan MERENDAH DIRI.

Ingatlah SAHABAT… Kita MANUSIA BIASA, punya KELEMAHAN dan KEKUATAN tersendiri.

Setiap manusia ada VALUE masing-masing, cuma mungkin setakat ini kita MASIH BELUM NAMPAK.
Usah bersedih, sebaliknya bermujahadah untuk mencapainya. Semua perkara adalah sukar sebelum menjadi mudah.

ANDA SEORANG YANG ISTIMEWA DAN UNIK. 

Think of that. Wassalam. 

Wallahualam.

Maka, beruntunglah kita kalau sedia menerima teguran :")

Sunday 9 June 2013

Senyum Selalu Seperti Rasulullah SAW :)








Bismillah..


Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Banyak Tersenyum

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

"Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya."
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)


Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

"Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

Senyum Kepada Sesiapa Sahaja

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

"Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?"
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, "Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu".


Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Bertegas Bila Perlu

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

"Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"


Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya".

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.


SENYUM SELALU.. (^-^)

Wednesday 5 June 2013

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ







Bismillah..


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam. (Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.



Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). 


Sumber :
OH! Islam: Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan. Wallahu'alam.

Sunday 2 June 2013

Tetamu yang Dirindui..






Ramadhan bakal menjelma.

Bulan yang terkandung keberkatan, kerahmatan dan keampunan, serta bulan yang dijanjikan gandaan pahala yang melimpah-ruah. Kedatangannya amat dinanti-nantikan oleh orang yang bertaqwa. Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadhan bukan lagi satu rahsia. Allah SWT telah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya kitab suci paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memberi petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar dan diredhai.

Firman Allah SWT:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)...” (al-Baqarah: 185)

Ada yang merasa gembira dan senang dengan kedatangan Ramadhan, kegembiraannya seperti menunggu kedatangan sang kekasih yang amat dirindui. Ini ditunjukkan oleh para sahabat generasi awal. Diceritakan para sahabat menanti Ramadhan seumpama menanti hari perkahwinan. Doa sentiasa dipanjatkan untuk sampai ke bulan yang dirindui. Tiada seorang pun antara kaum Muslimin yang bersedih hati ketika menghadapi Ramadhan. Sebaliknya mereka bersuka cita dan bergembira, menyambutnya dengan penuh cerdas dan semangat yang menyala-nyala.

Saiyidina Umar al-Khattab ra. amat gembira setiap kali menjelang ramadhan dan beliau akan berkata:

“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, sebab Ramadhan ini semuanya baik, puasa pada siang harinya dan bangun pada malamnya, dan sedekah (belanja) dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fi sabilillah.”

Diceritakan ada di antara ulama silam yang berdoa enam bulan sebelum kedatangan Ramadhan agar mereka dapat memasuki bulan Ramadhan. Begitulah gambaran seorang Muslim yang merindui datangnya Ramadhan.

Ada juga yang biasa-biasa sahaja dengan kedatangan Ramadhan. Baginya bulan Ramadhan tiada beza dengan bulan-bulan yang lain. Makan minum dan apa sahaja kegiatannya sama sahaja dengan bulan lain.Merasa senang dengan hari-hari yang telah dilaluinya, tidak nampak keistimewaan Ramadhan itu.

Yang lebih teruk ialah mereka yang rasa terbeban dan terseksa dengan kedatangan Ramadhan. Seolah-olah Ramadhan adalah tetamu yang tidak diundang. Menunggu-nunggu berakhirnya Ramadhan dengan keluh kesah, manakala Idul Fitri seperti hari kemerdekaan lagaknya.

Tak kenal maka tak cinta

Satu analogi!

Bagaimana perasaan kita jika seorang rakan memperkenalkan kita dengan seorang rakannya. Mungkin kita rasa biasa dan tidak mahu berlebih-lebih mengambil tahu kerana kita tidak mengenalinya. Kita rasa dia seorang yang biasa sahaja.

Bagaimana pula jika diperkenalkan dengan rakannya yang kta ketahui seorang yang hebat, popular, baik hati, public figure. Tidakkah kita merasa teruja untuk bersahabat dengannya? Kalau boleh mahu bercakap-cakap setiap masa dengannya.

Begitulah perbandingan bagi orang yang mengetahui kehebatan dan keistimewaan Ramadhan. Pasti dia tidak sabar-sabar menanti kedatangan Ramadhan. Dan kalau boleh biarlah Ramadhan sepanjang tahun kerana tidak mahu berpisah dengannya.

Oleh itu, perlu untuk kita mempelajari dan mengetahui keistimewaan serta kelebihan Ramadhan agar hati kita sentiasa tumbuh kerinduan padanya. Barulah kita terasa bahagia dan gembira bukan terbeban dan terseksa.

Ramadhan, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.

Wednesday 29 May 2013

'Dean List' Kerana Allah






Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.

Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.

Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?

Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?

Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.

Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?


Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah.

Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Dimana silapnya?

Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.


Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

Mengapa Mesti Bersangka Baik?






Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.

Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.

Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Tuesday 28 May 2013

Alhamdulillah, Aku Bersyukur Kepada-Mu






Alhamdulillah, kalimah syukur hanya layak dipanjatkan kepada Allah SWT. Kalimah yang menggetarkan jiwa-jiwa mereka yang beriman.
Dengan mengucapkan “Alhamdulillah” -, atas segala kurniaan, penganugerahan dan pemberian nikmat yang pelbagai. Ia adalah lambang kehambaan, keimanan, ketundukan dan kekerdilan sebagai seorang hamba Allah SWT.
Bangunnya kita daripada tidur pagi ini – harus dimulai dengan kebeningan hati yang bersyukur dan bersyukur.

Di pagi sangat sungguh indah dan penuh berkah.
Embun yang menitis setiap pagi begitu dingin.
Kedinginan, kesejukan dan kesegaran inilah menguatkan lagi rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Udaranya terjaga, bersih, nyaman dan menyegarkan. Menghirup udara yang masih terpelihara daripada nafas-nafas sang pendosa. Hiruplah udara di awal pagi sebelum fajar. Ia adalah waktu-waktu bersendirian bagi mukmin muslim yang sedang khusyuk bermunajat dan menadah tangan mengharapkan keampunan dan belas ehsan Sang Pencipta.
Alhamdulillah.
Allah SWT mendidik kita untuk bersyukur, satu kata yang lebih luas maknanya daripada berterima kasih. Syukur, ia lahir daripada natijah, hasilan keimanan yang tersemat kukuh disanubari.

Sebuah Sketsa Kehidupan
Di dalam sebuah buku karya, Amru Khalid iaitu Ibadah Sebening Hati terdapat suatu kisah yang menyentuh rasa hati saya.
Suatu hari, Amru Khalid telah bertemu dengan sekumpulan golongan remaja. Beliau terfikir suatu bentuk persoalan untuk sembang-sembang santai bersama mereka.
“ Saya ingin mengajukan satu permainan berbentuk soalan kepada kalian,” Soalnya.
“ Apakah nikmat yang paling besar dan kalian paling hargai di dalam kehidupan ini,” Beliau bertanyakan soalan kepada mereka.
Ada yang menjawab dengan penuh yakin. Ada yang kelihatan teragak-agak . Pelbagai jawapan dan ucapan.
Ada yang menjawab : “ Nikmat kehidupan”
Ada juga menyebut : “ Nikmat Iman dan Islam”
Tidak kurang juga, ada yang menyatakan : “Nikmat belajar dan ilmu”
“ Dan pelbagai lagi.”
Kemudian, seorang pemuda memberi jawapan yang menyentuh hati Amru Khalid :
“ Nikmat Allah SWT yang sangat berharga dan besar bagi saya ialah nikmat Allah SWT sebagai Rabb saya.” Jawabnya tenang.
Saya terpaku, dan tersentuh.
Begitu halus, sensitif, peka dan hidup hati pemuda tersebut.
Ya, alangkah beruntung dan berbahagianya kita apabila dipilih untuk menjadi Muslim. Rabb, Ilah dan tuhan kita adalah Allah SWT. Kita mempunyai tempat sembahan, pengaduan dan penyerahan segala perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap-Nya.
Ketika dilimpahi kenikmatan dan kesenangan, kita mengucapkan lafaz kesyukuran kerana menyedari hakikat pemberian-Nya yang begitu banyak.
Ketika susah, kita mempunyai tempat untuk mengadu, merintih, meluahkan perasaan, menagih simpati, meletakan harapan kasih dan berdoa memohon bantuan pertolongan.
Iman mulai bertapak dihati. Ia disemai dan dibajai dengan subur dan kian mekar dijiwa hamba Rabbani.

“ tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.”
( Al- Hujurat : 7)

Penutup : Tanyalah hati kecil kita
Jujurlah kita dengan sanubari kecil kita, adakah kita benar-benar bersyukur dan merasai sesuatu dengan semua nikmat ini?
Saidina Umar sentiasa memberikan suatu ungkapan yang menakjudkan serta mengetarkan jiwa perhambaan : “ Sesungguhnya kami dahulu adalah kaum yang hina. Lalu Allah memuliakan kami dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan selain daripada apa yang dimuliakan Allah, pasti Allah akan menghina kami.”
Ruh Islam meresapi jiwa dan perasaan kita – sehingga kita merasa izzah (bangga) dengan keislaman, kemukminan dan kemusliman kita. Kita tidak malu atau kekok untuk mengistiharkan – “ Saksikanlah bahawa Aku seorang Muslim.”
Setiap hari kita akan membawa imej, lambang dan syiar perwatakan seorang muslim dan muslimah. Muslimnya, dengan berhias dengan akhlak muslim dengan wajahnya penuh cahaya keimanan dan kesan daripada wudhuk dan soalan. Tidak lokek dengan senyuman dan sapaan. Muslimahnya , begitu tenang dan bahagia mengenakan pakaian yang meliputi seluruh aurat dengan senang, dan tiada beban. – Malah, dia bangga menjalankan perintah dan arahan Allah SWT.
Justeru, seharusnya setiap helaan nafsa kita yang terhembus akan selari dengan ungkapan ini :
“ Ilahi, hamba-Mu hadiri memohon keampunan, kerahmatan dan pemeliharaan-Mu. Kasihilah diriku, suluhilah jiwa ku dengan cahaya hidayah-Mu, kurnialah kepada pengakhiran yang baik dan masukilah aku ke dalam golongan ahli Jannah-Mu yang indah lagi mempesonakan.”

Itulah yang diperbuat hasil keimanan
Membuka mata dan hati
Menumbuhkan kepekaan.
Menyinari kejelitaan, keserasian dan kesempurnaan
Iman adalah persepsi baru terhadap alam,
Apresiasi baru terhadap keindahan.
Dan kehidupan di muka bumi.
Di atas pentas ciptaan Allah,
Sepanjang malam dan siang

Cetusan rasa sanubari – Sayyid Qutb –
Alhamdulillah, syukur sehingga hari ini kita semua berusaha untuk terus menerus menjadi seorang muslim dan muslimah yang taat sepenuhnya kepad Allah SWT.
Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan. Kita perlu mencari alasan dan kekuatan untuk terus menjadi kuat.

Kuat keimanan.
Kuat ketaqwaan.
Kuat dalam beramal dengan amal keislaman.

Ayuh kita kuat dengan sentiasa bersyukur!
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

via : langitilahi

Sunday 26 May 2013

Tak Malu Ke?






Tak malu ke?
Bila solat, asyik nak cepat-cepat je. Kalau cepat-cepat pergi solat bila masuk waktu tak apa, ni cepat-cepat nak habis. Kadang2 langsung tak bersurah lazim. Sunat je katanya, yang penting Fatihah. Huu, nak laju punya pasal. Eh tapi, bila ada masalah, nangis-nangis mintak Allah tolong cepat-cepat, laju-laju..

Tak malu ke?
Bila habis solat, asalamualaikum kanan asalamualaikum kiri, terus straight angkat tangan berdoa. Tak mau laa dzikir-dzikir sekejap. Istighfar ke, subhanallah ke, alhamdulillah ke.. Ayatul qursi apatah lagi. Amboi..part doa laju je nak. Part memuji-muji Allah nak skip. Bodek orang reti, kalau nak apa-apa. Bodek Allah, aik? Tak de pulak..

Tak malu ke?
Bila berdoa tu.. Bukan main laju. Nasib baik la baca al fatihah dulu. Itu pun kalau baca. Lepastu, masa doa tu, tak ada lah nak feeling-feeling, nak bersungguh-sungguh, tak ada.. Mengalir air mata apatah lagi, lupakan je lah. Aktiviti lepas solat kejap lagi ni dah terbayang-bayang dari tadi dah dekat mata ni ha. Doa asyik nak cepat. Nak ringkas simple dan padat. Tapi, nak Allah bagi cepat-cepat..

Tak malu ke?
Bila dalam hati, menjerit-jerit claim dengan Allah, bilanya Dia nak makbulkan doa. Kan dah doa hari-hari. Padahal masa mintak doa tu, tak mau la feeling lebih sikit, tak mau la emo lebih sikit, hadir kan rasa hamba kerdil dalam diri tu. Ni nak mintak merayu ke, nak apa?
Tak malu ke?
Bila hak Allah tak penuhi, tapi hak sendiri, mintak Allah penuhi. Cepat pulak tu. Bukan main demand nya.
Tak malu ke?
Bila lengah-lengah menuju kepada Allah, distraction sana, distraction sini. Tangguh sana tangguh sini. Tapi nak Allah dengar dan respon pada diri sendiri setiap masa..
Tak malu ke?
“Dan carilah pertolongan (dari Allah) dengan jalan SABAR dan SOLAT.”
(al baqarah 2:153)
Kalau apply apa-apa dengan jabatan mana-mana, mesti ada prosedurnya. Ada adab dan budi bicaranya. Ciri-ciri kelayakan kena penuh, dokumen untuk permohonan kena bawak semua. Kena datang di tempat yang betul, jumpa orang yang betul, dan macam-macam lagi lah.
Inikan pulak mintak dengan ALLAH, mestilah ada prosedur nya, ada adab dan budi bicaranya.
kena SABAR. bukan rushing, demand lebih. Sabar tunggu perancangan Allah, sangka baik. Bukan tamak, tak boleh tunggu lama sikit. Kena berlapang dada.

Sabar – Menahan diri. Sambil berdoa, sambil menahan diri, maknanya sambil menjaga hati, lisan dan anggota dari apa2 yang Allah tak suka. Bukannya lepas sembahyang mintak doa, tapi lepastu pergi buat benda lagha. Mana boleh. Kena SABAR.
Kena SOLAT. cukup 5 waktu dah memang wajib, tu benda basic kot. Kena awal waktu. Eh ini pun, patutnya benda basic. Bukan time nak doa mintak benda-benda je baru nak solat di awal waktu. Yang penting, SOLAT tu kena khusyuk. Sambil rebahkan lutut dan tangan, sambil letakkan dahi ke lantai, sambil tundukkan hati. Sedar diri. Hamba.
Lepastu barulah boleh nak minta tolong dengan Allah. Bermohonlah. List kan lah panjang mana pun, minta lah yang logik ke yang tak logik ke, ikut sukalah. Kerana Allah tu Maha Perkasa. Dengan keperkasaanNYA pulak, Dia Maha Mendengar. Dan Maha Mengabulkan. Minta lah nak minta apa pun.. Mana mungkin hamba yang SABAR dan SOLAT, Dia tak tolong? Mana mungkin, Allah yang Maha Baik tu lokek macam tu.
Jadi, SABAR lah.. Sekuat hati. Dan SOLAT lah, sepenuh hati.
Kalau tak, eish. Tak malu ke?
Yang tulis ni pun, kalau tulis, tapi sendiri tak mau ikut.

Tak malu ke?
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – Kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

p/s : Pesanan buat semua, dan buat diri yang dho'if ini juga. Sama-sama kita muhasabah diri. Jom audit diri ke arah yang lebih3 baik! InsyaAllah! ^-^


Saturday 25 May 2013

Kenapa Mulut dicipta tanpa Pasangan?








PERNAHKAH KITA TERFIKIR  MENGAPA MULUT DICIPTA TANPA PASANGAN? SEDANGKAN TELINGA, TANGAN, MATA DAN KAKI SEMUANYA BERPASANGAN. 

ANTARA DUA FAKTOR YANG MENYEBABKAN KERACUNAN IMAN SESEORANG ADALAH BERPUNCA DARIPADA MULUT:

1.       Ketajaman mulut melebihi mata pedang. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 53: “dan katakan kepada hamba-hamba-KU : ‘Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar); sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia’.”

Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan antara mereka. Di dalam mulut ada sekeping daging yang tidak bertulang namun bisanya umpama sengat ular. Daging itu juga berupaya memutarbelitkan kebenaran, mencela, mengumpat dan berkata keji.

2.       Kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsu menjadi pemandu dan manusia menjadi kenderaannya. Dapat kita perhatikan waktu makan, ikutkan nafsu pasti kita akan menelani makanan yang terhidang hingga kenyang lalu menyukarkan kita untuk beribadah pada Allah. Andai makanan kita kotor pasti hati kita akan terbentuk daripada bahan-bahan yang kotor.Hati yang kotor pasti sukar untuk menerima hidayah Allah SWT. Makanan yang berkualiti akan membentuk hati yang berkualiti lalu menjamin ibadah yang berkualiti.
Sebenarnya mulut telah menjalankan pekerjaan yang melebihi pancaindera yang lain. Asal usul pekerjaan mulut adalah ibadah dan bersifat mulia namun ia boleh berubah membawa padah pada manusia apabila ‘pekerja’ yang ditugaskan untuk bekerja tidak menjalankan amanah yang ditetapkan oleh Maha Pencipta.

TUJUAN PENCIPTAAN MULUT ANTARANYA ADALAH:
1.       Sentiasa berzikir kepada Allah SWT
2.       Melahirkan ucapan yang disenangi orang lain
3.       Menyatakan kesyukuran dan kebesaran Allah SWT
4.       Menyuruh amar makruf
5.       Mencegah nahi mungkar
6.       Menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “hendaklah kamu berkata baik ataupun diam.”


ANTARA HIKMAH DIAM YANG DIMAKSUDKAN RASULULLAH SAW:

1.  Apabila kurang bercakap kita akan lebih banyak berfikir, maka akal menjadi lebih tajam.
2.  Fikiran yang tajam dapat menjamin tindakan yang kita lakukan berlandaskan keimanan.
3.  Kurang dosa.Banyakbercakapbanyakdosa. Apabilabanyakdosa hilang perasaan malu, maka manusia seenaknya melakukan maksiat.
4.  Tidakmenyakitiperasaan orang lainmeskipun TIADA NIAT menyakiti.
5.  Dapat menilai baikdanburuk sesuatu tindakan kerana tatkala banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai. 

KESIMPULANNYA, JIKA MULUT DICIPTAKAN BERPASANGAN, MAKA AKAN BERTAMBAHLAH ‘MAKSIAT’ SESEORANG ITU KERANA MEMELIHARA MULUT YANG SATU INI PUN BANYAK UJIANNYA. JADI, KURANGKAN BERCAKAP, BANYAKKAN MENDENGAR! WALLAHUA'LAM.

*dipetik dari MAJALAH GEN-Q, isu 05, Hadiah untukIbudanAyah, halaman 20 dan 30.
  KERANA MULUT BADAN BINASA, teks: NurainiShahroni

Nota kaki: YaAllah, ampunkan kami kerana berlebih-lebihan dalam urusan kami..


Friday 24 May 2013

Nilai Secebis Kain







                             
Bismillahirrahmaanirrahim..


Kerana secebis kain,
ramai orang bertegang leher dan saling memeperlekehkan
mempertahankan nilai niqab dan yang lagi satu pihak mempertikaikan nilainya

Aku mencari rujukan
Bukan satu tetapi banyak sumber

Bagiku, niqab..
melindungi kecantikan seseorang muslimah dari menjadi fitnah akhir zaman (tetapi jika dia benar mencontohi para salafussoleh dan wanita zaman nabi yang tinggi akhlaknya)

membawa jiwa sesiapa makin dekat kepada Allah SWT
melindungi diri dari menjadi tatapan lelaki yang makin runtuh akhlaknya di akhir zaman ini..

adalah sunnah,pakaian isteri-isteri Nabi dan cabaran bagi muslimah,namun bukanlah tanda kesempurnaan imannya..

Telinga ini menadah beribu penyataan yang menyakitkan dari majoriti
Hati ini tertanya-tanya benarkah kata orang;

Niqabis adalah pelampau dalam agama?
Niqabis adalah penyamaran lelaki yang berniat jahat?
Niqabis adalah orang yang dikhuatiri sebagai pesalah yang menyamar dan memiliki senjata di dalam pakaiannya?
Niqabis adalah penganut ajaran sesat?
Niqabis tak boleh bekerja, hanya suri rumah?
Niqab tidak sesuai pada zaman ini?
Niqab hanya dipakai kerana mengelak habuk di padang pasir?
Niqab untuk orang yang hodoh?
Niqabis tidak boleh menyampaikan dakwah?
Tidak akan ada suami yang suka akan isterinya yang bergelar niqabis?

Benarkah kata orang..?
hati ini menangis..
jiwa makin lelah untuk mempertahankan nilai secebis kain
dan memilihara kesuciannya..
wajah ini dihalang dari menyarungkan secebis kain
hanya kerana seCEBIS kain yang mendamaikan jiwa insan-insan tertentu…

Aku tunggu saat hingga diizinkanNya
Dan dalam penantian aku cuba bermuhasabah
Aku perbaiki segala kelemahan diri
Aku setia dalam doa kepadaNya
Aku mengharapkan petunjuk yang terbaik buatku

Hanya kerana secebis kain yang disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu,
Niqab menjadi sesuatu yang dilarang

Wahai Muslimah yang berniqab..
hiasilah peribadimu dengan akhlak seperti
srikandi zaman kegemilangan Islam,
rujuklah para salafussoleh..

Jauhilah pengaruh barat yang membuatkan semuanya indah belaka
sedangkan wanita mudah menjadi penghuni neraka

jangan cemarkan imejmu yang berpurdah dengan berdua-duaan dengan ajnabi
jangan kau dekati zina dengan cara yang halus seperti berbalas mesej dengan ajnabi,calling and dating
yang akhirnya niqabiah lain dipandang serong
tanyalah pada diri..

wujudkah wanita pada zaman kegemilangan Islam yang bercouple sebelum nikah??

Kadang ada kecewa dalam hati…
Kerana sesetengah muslimah menjadi niqabiah tanpa ilmu dan tanpa akhlak
Kerana sesetengah muslimah yang menjadi niqabiah mencemarkan imej yang sepatutnya suci dan menjadi ikon,contoh,role model kepada yang lain
Kerana mereka menutup wajah mereka tetapi melampau dalam berhias,
mempamerkan gambar yang menggoda hati lelaki

Apakah nilai secebis kain di hatimu??
Tolong refresh niatmu berniqab, " Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya." Kemudian pastikan setiap tindakan kita Allah redha
tolong tingkatkan ilmu agamamu
tolong perbaiki akhlakmu
agar kita mencerminkan bahawa Islam itu indah,suci dan selamat

moga suatu hari nanti,
secebis kain itu dapat dipakai dengan rasa tenang tanpa kutukan dan cacian
dan makin dekat dengan Ya Rabb..
moga suatu hari nanti,
secebis kain itu dapat mengingatkan hati-hati yang lalai untuk kembali pada jalan yang benar


-luahan hati muhajirah azra’-


Thursday 23 May 2013

Salam Jumaat :)



بسم الله الرحمن الرحيم
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."