Thursday 19 June 2014

Boleh bersalam ke tidak ni?






Sejak dari kecil ibubapa kita mengajar agar kita menghormati orang yang lebih tua. Tidak kira dia lelaki atau perempuan. Menghormati dengan erti kata,bersalam setiap kali berjumpa dan bertanya khabar. Tetapi apabila sudah besar/baligh dan sudah belajar agama, tahukah kita tidak kesemua ahli keluarga boleh bersalam dengan kita.

Kepada yang sudah belajar hukum hakam agama, pasti mengetahui hukum bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Kebiasaan perkara ini berlaku sewaktu menziarahi keluarga atau pada musim- musim perayaan atau kenduri-kendara, saya melihat sendiri mereka bersalaman tanpa batasan atau tanpa mengetahui sama ada orang tersebut mahram baginya atau tidak. Sepupu dengan sepupu pun masih bersalaman lagi, seolah-olah tidak berbuat salah. Ini kerana sudah akrab sejak kecil lagi, apatah lagi tidak menyimpan perasaan lain. Maka tidak nampak salah disitu.

Kebanyakan dari kita pasti terkeliru(bagi yang tidak tahu) bahawa contohnya suami kepada ibu saudara yang kita gelar pakcik tidak boleh bersentuhan dengan kita (kita-rujuk sebagai perempuan) apatah lagi bersalaman, apalagi sepupu-sepupu kita.tidak kira tua atau muda haram tetap haram. (tetapi ada  pendapat tentang orang yang tua uzur yang tidak ada ransangan nafsu syahwat)

Al-Iraqi berkata, "Jika nabi saja tidak melakukan hal itu, padahal beliau adalah orang yang maksum dan terhindar dari dorongan syahwat, tentu orang selain beliau lebih tidak boleh lagi melakukannya." Hadits tersebut diperkuat oleh hadits dari Ma'qil bin Yasar dia berkata:
"Sesungguhnya Rasululah S.A.W. bersabda, Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi, dan para perawi Thabrani adalah orang-orang yang terpercaya dan saheh)

Disinilah timbul situasi yang mana selama ini kita bersalam dengan mereka akibat kejahilan, tiba-tiba kita berjumpa lain kali kita tidak bersalam kerana sudah belajar dan mengetahui, maka perkataantidak menghormati orang tua atau dikatakan kurang ajar kepada orang tua akan bermain diminda.. Mulalah bermasam muka. Sepatutnya mereka yang lebih tua faham dan memahami hukum-hakam ini, ini tidak sebaliknya pula.Apa dalil bersalaman dengan lelaki -wanita itu haram?Sila rujuk dan baca  disini.

Kita meringan-ringankan hukum haram ini, kerana keadaan persekitaran yang membolehkan perkara ini berlaku.

Oleh itu mari kita belajar dan terus belajar tentang hukum haram- halal, agar dapat kita sampaikan kepada generasi anak-cucu kita, supaya kita tidak berterusan membuat dosa yang berpanjangan, yang akan bertali-tali jika tidak dicegah dari sekarang. Ajarkan anak-anak yang sudah baligh perkara yang ramai mengaggapnya sebagai kesalahan ringan sedangkan ia mendatangkan dosa.

Jika sesat ditengah jalan, baliklah ke pangkal jalan. Saya sekadar meyampaikan kerana saya sendiri sudah banyak membuat kesilapan ini akibat kejahilan sendiri.. Tidak terlambat lagi untuk berubah.
 


 Pesanan: Jika masih terkeliru atau masih tidak faham, eloklah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang pakar agama dalam hal ini. Berilah sokongan, bukan sindiran.