Saturday 22 December 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh..



~Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~



Bertudung labuh banyak kelebihannya :)



1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. In shaa Allah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. In shaa Allah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.  ^_^


p/s ; Semoga sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan tuntutan Allah. Amar Makruf Nahi Munkar. Ud'ukum fii Barkatillah. Allahumma Amiin, In shaa Allah. (^_^)v



Saturday 8 December 2012

Kenapa Nabi SAW melarang kita minum berdiri dan meniup air panas?










Di bawah ini di antara penjelasan-penjelasan lanjut tentang fakta tersebut :

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil "SFRINGER". Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh Sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh Sfringer terus masuk ke pundi kencing. Hal ini boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yang panas. Logiknya kerana, terdapat karbon dioksida, (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air, maka (CO2) itu akan larut ke dalam air dan akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh, kerana suhu air pada waktu tersebut membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air, kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.



psss : Amacam? Mesti semua yang Nabi larang kat atas ni, kita pernah buat kan? Samalaa dengan tuan punya badan ni. hehe. Jomlaa sama-sama kita praktikkan sunnah nabi dalam kehidupan seharian kita. Sentiasa ada hikmah di sebalik larangan dan suruhan Nabi Muhammad SAW. Jadi, ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan beristiqamah, lebih baik daripada banyak tanpa istiqamah. Sama-sama kita muhasabah diri. In shaa Allah ila mardhotillah :-)