Saturday 30 June 2012

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak :D

Ramadhan Karim 


Blessing Ramadhan



Assalamualaikum Warahmatullah,
TabaarakAllah :-)



Selamat Bertemu kembali wahai bulan yang penuh Barakah. Kedatanganmu sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Perlu difahami betapa ketibaan Ramadhan merupakan sebahagian daripada nikmat kurniaan Ilahi yang perlu disyukuri kerana hanya diberikan kepada insan-insan terpilih. Terdapat dalam kalangan kerabat, jiran tetangga dan sahabat handai yang pada tahun lalu sama-sama berpuasa dan berhari raya, kini telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi sekaligus tidak lagi diberi keistimewaan oleh Allah SWT untuk menikmati anugerah Ramadhan. Allahurabbi.


Marilah kita semua bergembira dengan ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita semua berazam untuk menjadikan puasa tahun ini lebih berkualiti daripada tahun-tahun yang lalu. Ini kerana peluang yang ada semakin terhad berbanding umur dunia yang semakin deras menuju ke penghujungnya. Malah kegembiraan dan kejayaan sebenar yang bakal dikecapi adalah berpunca daripada kesempurnaan ibadah puasa yang bakal dilakukan demi mencapai makam takwa kepada Allah SWT.


Dari Abu Hurairah ra,

Nabi SAW bersabda ;
Apabila bulan Ramadhan telah datang,
maka dibukalah pintu-pintu Syurga,
ditutuplah pintu-pintu Neraka,
dan diikatlah semua Syaitan.

(Muttafaqun Alaih)


" SUDAH KEMBALI BULAN PENGAMPUNAN, TUHAN.. SAMPAIKAN AKU PADANYA. BALIGHNA YA RAMADHAN. "