Bismillah..
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan
dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A.
W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat
syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke
dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari
Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah
S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di
tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah
telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana
Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda
Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus
menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar
semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan
sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.
A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut
anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat
bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap
teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala
mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan
pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup
kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata
Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang
memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki
dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah
dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan
dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:
Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang
lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah
dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting,
lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang
membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka
dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging
manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar
dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah
terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang
penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata
Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya
umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah
jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke
tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan
Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia
yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah
turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua
rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu
dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu
lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu
dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus
Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari
syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu
terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan
Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian
dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat
orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina
lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail
naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S.
dan Nabi Yahya A. S.
3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga.
Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit
keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit
kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani
Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit
keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah
mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda
sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit
ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah
yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada
Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan
Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka
berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA
WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.
Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut
“al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.
A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak
berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun,
batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata
yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan
melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan
dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan
naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang
ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan
Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog
antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di
bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya
menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia
semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan
pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu
dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa
Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu
berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam. (Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj
ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan
dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj
juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi
bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan
ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu
Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
Sumber :
OH! Islam: Sebarkan artikel ini walau
dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang
dilakukan. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment