Tuesday 22 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab ^_^









"Assalamualaikum"

Tabaarakallahu fik (^^)

Hari ini 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H, sungguh cepat masa berlalu. Alhamdulillah, kita telah pun berada di dalam bulan Rejab, dan tak lama lagi, insyaAllah kita akan bertemu kembali dengan kehadiran bulan Ramadhan Kariiim. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk dapat berada di dalam bulanbulan yang penuh keberkatan ini. Allahumma amiin :)

Bulan Rejab,
merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orangorang yang bertakwa"
(QS At-Taubah; 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah ; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulanbulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al-Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi S.A.W memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulanbulan Haram.

Berpuasa di bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu Hadis Sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Saiyyiduna Anas bin Malik r.a beliau berkata ; Adalah Rasulluah S.A.W apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda S.A.W berdoa ; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
(HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Natijahnya, marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi bulan-bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, dan semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan maghfirahNya, insyaAllah ^_^

2 comments:

  1. I LIKE IT ....
    http://sitifatimahazzahrahcute.blogspot.com/
    follow my blog t00 yerrr :PP TT__TT

    ReplyDelete