Wednesday 10 September 2014

Semester baru!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm dah bersawang, banyak labah labah blog ni sebab tak di update. Ni tetiba plak rasa nak update. Alhamdulillah hari ni dah masuk 3 hari bergelar sebagai pelajar semester 5 di KUISAS dan insyaAllah sem depan sem 6 merupakan sem akhir dan akan lalui peritnya praktikal mahupun tesis, Astaghfirullahal 'azim :( Mohon doanya kalian agar semuanya insyaAllah akan baik baik sahaja amiin ya rabb!

Nak dijadikan cerita, sem ni boleh tahan subjek subjek nya, sebab nak habiskan semua subjek punya pasal. bahasa kebangsaan, teknologi maklumat, al masadir al arabiyyah, at tarjamah, metodologi penyelidikan dan english islamic studies hmm memang subjek killer. takpelah, insyaAllah kalau niat kita betul kerana nak tuntut ilmu dan bukan hanya sekadar untuk dapatkan gelaran DEKAN, biiznillah Allah akan permudahkan urusan kita. Mohon tajdid niat semula ya ;)

Tapi series sem ni sangat sangat takut dan seram nak hadapi kelas. Tak tau lah kenapa hmm mungkin aura nak habis diploma di KUISAS ni dah sampai haha merepek je entah pape je. Ok itu sahaja, nak testing je sebenarnya sebab dah lama sangat tak taip taip macam ni. Bila dah banyak kali taip macam seronok pulak hihi tapi mata pulak yang tak mengizinkan heheh gue tidur dulu ya. Moga setiap hari kita dilimpahkan kasih sayang dan maghfirah dari yang Maha Esa insyaAllah.

Selamat berjuang KUISAS-ians!
Salam penuh kasih dan mesra min qalbi :)

No comments:

Post a Comment